Jumat, 03 Februari 2012

Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka


Salaaaamun alaikum w.b.t……. Masih lagi dalam tajuk berkenaan Dajjal, dan kali ini saya akan cuba membongkarkan kumpulan-kumpulan yang membuat kerja untuk Dajjal pula. Dan saya akan sertakan pelbagai bukti agar kita boleh fikirkan bersama-sama. Tetapi Yang Maha Mengetahui segalanya hanyalah Allah S.w.t. Kita sebagai hambanya hanya mampu untuk berusaha dan berfikir tentang segala apa yang diciptakanNya.
Mengapa saya berani mengatakan kumpulan yang akan saya sebutkan di sini sebagai pasukan Dajjal? Kerana ada bukti-bukti kukuh termasuk dari hadith yang akan menampakkan kepada kita bahawa kita sekarang sudah banyak dipengaruhi oleh Dajjal, dan pasukannya itu sudah terlalu lama muncul tanpa disedari ramai. Mereka bergerak secara rahsia dan semakin beransur-ansur untuk bergerak secara terang-terang pula. Sebelum itu, mari kita perhatikan kepada simbol-simbol ini.
Ini hanyalah beberapa dari banyak lagi simbol yang boleh didapati di mana-mana di dunia sekarang ini. Biasanya di bangunan-bangunan besar, pejabat-pejabat, tempat-tempat rahsia dan tidak ketinggalan boleh diperhatikan dalam banyak filem kebelakangan ini yang menceritakan perihal Freemasons seperti filem Da Vinci Code, National Treasure 1 & 2, From Hell dan beberapa lagi. Dan simbol-simbol ini adalah simbol kepada kumpulan yang diberi nama The Freemasons. Dan Freemasons ini lah yang merupakan salah satu kumpulan yang bergerak dalam satu nama besar yang dipanggil Illuminati. Ini tak termasuk lagi simbol-simbol Illuminati yang lain yang banyak juga keluar dalam filem-filem Hollywood seperti filem-filem yang saya sebutkan tadi, Indiana Jones, Stargate, Independence Day, The Omen, American Gangster, The Ant Bully, Conspiracy Theory, Into the Wild, The Majestic, Miami Vice dan macam-macam lagi.
Perhatikan simbol-simbol tersebut, semuanya mempunyai asas yang sama iaitu mempunyai satu jangkalukis (compasses) di bahagian atas , sesiku (square) di bahagian bawah dan huruf ‘G’ di tengah-tengah. Semuanya itu mempunyai maksud yang tersendiri dan di kalangan ahli-ahli Masons sendiri pun ada bermacam-macam maksud dan biasanya ia tidak didedahkan di kalangan ahli. Cuma saya akan cuba ketengahkan pendapat yang kuat tentang simbol tersebut mengkikut kajian saya.
Di kebanyakan negara, huruf ‘G‘ di tengah tadi itu membawa makna ‘God‘ atau ‘Tuhan‘. Dan pendapat satu lagi yang kuat adalah ‘Geometry’. Inilah yang menjadi asas kepada kerja-kerja KREATIF yang dilakukan oleh kumpulan Freemasons dari awal dulu lagi. Maka apabila dihubungkan Geometri dengan God, maka kebiasaanya para arkitek dan pereka bentuk akan menggunakan alat-alat Geometri kan. Maka maksud di situ adalah tuhan itu mereka cipta dunia ini dan itulah secara analoginya digambarkan dengan Geometri tersebut.
Tentang jangkalukis dan sesiku itu pula, ia merupakan antara alat utama yang digunakan oleh Freemasons dalam kerja-kerja mereka sejak dulu. Jangkalukis biasanya digunakan untuk melakarkan bentuk bulat dan bahagian-bahagiannya dengan mudah. Manakala sesiku pula untuk menyemak ketepatan sudut 90° yang mana amat penting dalam pembinaan bangunan. Dari sudut lain, simbol itu juga melambangkan jantina iaitu jangkalukis yang atas itu lelaki dan sesiku bawah itu wanita. Dan akhirnya lahirlah ‘G’ di tengah-tengah itu. Begitulah menurut beberapa pendapat berkenaan simbol Freemasons.
Sepintas lalu berkenaan Freemasons
Freemasons atau Freemasonry adalah sebuah pertubuhan persaudaraan yang mula muncul sejak antara akhir abad ke 16 dan awal abad ke 17. Sekarang ini mereka ada merata-rata di dunia dengan keahlilan sekitar 5 juta orang iaitu sekitar 480,000 di England, Scotland dan Ireland , dan bawah dari 2 juta orang di Amerika Syarikat. Mereka percaya kepada suatu kuasa yang mereka puja yang mana kuasa itulah yang diakui mereka sebagai ‘God’ atau ‘Tuhan’. Dan tuhan yang dipuja-puja mereka itu secara ringkasnya saya katakan di sini adalah tuhan yang digelar mereka sebagai ‘The all seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’. Dan itulah mata satu yang seringkali digambarkan oleh mereka dalam banyak simbol-simbol mereka antaranya seperti di bawah;
Simbol tuhan bermata satu itulah yang terdapat pada duit USD1 Dollar Amerika Syarikat yang mana pengaruh Illuminati telah menyelinap masuk ke kerajaan Amerika Syarikat sejak dulu lagi. Presiden-presiden Amerika Syarikat sejak George Washington lagi terlibat dengan kumpulan Freemasons ini, hinggalah kepada presiden sekarang iaitu George W. Bush yang juga merupakan ahli tetap kepada Skull and Bones, juga kabilah dari Illuminati itu.
Cuma saya rasa, Presiden John F. Kennedy sahaja yang tidak terlibat dengan mereka atau pun telah sedar diri dan menarik diri dari kumpulan mereka. Kerana beliau pernah menyampaikan ucapan memberi amaran tentang kemunculan kumpulan-kumpulan rahsia ini yang cuba untuk menguasai dunia. Dan tidak lama selepas itu, Presiden JFK ini telah mati ditembak di kepala di hadapan khalayak ramai ketika dia berada dalam kereta bersama isterinya dalam satu perarakan.
Walaupun jumlah ahli Freemasons tidak mencapai billion orang tetapi pengaruh mereka sangat kuat kerana mereka lah yang memegang kuasa ekonomi dan politik dunia sekarang. Dan merekalah yang ingin mengatur sistem kehidupan pada semua orang tanpa kita sedari.
Antara kegiatan-kegiatan mereka
Menurut buku Dajal dan Simbol Setan – Drs H. Toto Tasmara, mereka melakukan kegiatan-kegiatan yang boleh diistilahkan dengan ‘gerakan 7 F’, iaitu menghancurkan kekuatan finansial (Financial) umat Islam, merosakkan pola makan (food), menciptakan adu domba atau perpecahan di kalangan umat beragama mahupun di dalam tubuh umat Islam (friction), menyebarkan cara berfikir bebas (freethinking), menebarkan ideologi yang membebaskan manusia dari tata cara pemikiran beragama (freedom of religion), menguasai filem, TV, dan media massa (film), menumbuhkan dan menggoda masyarakat agar berbudaya dan bersikap mengikuti millah (cara) mereka (fashion/life style), membuat beberapa aliran mistik untuk menghancurkan agama (faith, sect, occultism, dll.), menumbuhkan rasa kecewa (frustrasion), dan lain-lain.
Simbol-simbol lain yang berkaitan dengan Illuminati
Ini gambar lukisan Baphomet, Tuhan yang dipuja oleh Knights Templar dulu
Antara simbol-simbol kepada pemujaan ini yang mana sama dengan simbol-simbol yang dipuja oleh kumpulan Black Metal dan pemujaan syaitan lain antaranya
 
Dan kebiasaannya simbol-simbol Illuminati mesti ada kaitan dengan Segitiga, bintang syaitan , matahari, burung hantu dan sebagainya. Terlalu banyak identiti mereka yang boleh mengaburkan mata pihak lain , cuma yang paling ketara adalah simbol segitiga dan bintang.
Church of Satan
Church of Satan telah ditubuhkan di San Fransisco , California pada 30 April 1966 oleh Anton Szandor LaVey yang mana dia adalah seorang paderi besar gereja pada ketika itu. Dari tahun 1950an lagi, Anton LaVey telah menubuhkan sebuah kumpulan yang diberi nama Order of the Trapezoid yang kemudiannya berkembang menjadi badan pengurusan yang dikenali sebagai Church of Satan ataupun Gereja Syaitan.
Pada sekitar tahun 1980an dan 1990an, Church of Satan dan ahli-ahlinya sangat aktif mengeluarkan filem, muzik, dan majalah yang ditujukan kepada pemujaan syaitan. Dan secara ringkasnya di sini, munculnya Church of Satan ni adalah untuk belot atau melawan agama Kristian yang telah sedia ada, kerana itu juga mereka termasuk dalam anti-christ.
Bohemian Club
Bohemian Club adalah sebuah kelab rahsia yang ternama di San Fransisco, California, USA. Kelab ini terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dari artis, ahli perniagaan hinggalah kepada barisan pemimpin tempatan dan global di sana. Dan ramai artis serta pencinta-pencinta seni yang menjadi ahli aktif kelab tersebut. Dan pada setiap tahun, kelab ini akan mengadakan perkhemahan 3 minggu dan akan mengadakan upacara memuja pada sebuah tempat yang berdirinya patung burung hantu yang besar.
Skull and Bones
Hanya golongan tertentu dipilih untuk menyertai Skull And Bones dan biasanya dipilih dari keluarga berpengaruh dan cerdik pandai. Pusat Skull and Bones di Universiti Yale, Connecticut , Amerika Syarikat dan di sinilah pelapis Skull and Bones mula dipilih. Dan secara ringkasnya mereka adalah kumpulan elite yang mengetuai gerakan illuminati itu. Dan anggota-anggotanya terdiri dari pemimpin-pemimpin besar dunia termasuklah presiden Amerika Syarikat sekarang iaitu George W. Bush.
Bendera Israel
Bendera Israel juga mengandungi simbol mereka iaitu dua segitiga yang satunya terbalik, apabila digabungkan menjadi bentuk bintang. Ianya di panggil ‘Star of David’ dan merupakan lambang kepada orang-orang Yahudi. Dua segitiga itu juga mempunyai beberapa maksud, dan yang biasa diketahui ialah segitiga normal itu melambangkan wanita dan segitiga terbalik itu melambangkan lelaki.
Tetapi menurut sumber-sumber Yahudi, ‘Star of David’ itu melambangkan nombor 7, iaitu hujungnya ada 6 dicampurkan dengan pusat tengah jadi 7. Maksud pendapat dari Yahudi itu ditujukan kepada bilangan hari Tuhan ciptakan alam ini iaitu 6 hari dan dicampur sehari hari berehat , menjadikannya 7 hari. Juga dinisbahkan kepada 6 hari bekerja dan 1 hari Sabat, 7 malaikat utama dan sebagainya.
Dan jika anda perhatikan betul-betul, rupa-rupanya simbol Freemasons juga ada kaitannya dengan Star of David ini, perhatikan simbol di bawah baik-baik yang saya telah lakarkan kaitan dengan Star of David.
Adik beradik kepada ‘Star of David’ itu pula ialah Pentagram yang kebiasaannya adalah simbol yang digunakan oleh kebanyakan puak-puak pemuja syaitan termasuklah dalam simbol Baphomet di atas. Pentagram adalah seperti simbol di bawah ini;
Pentagram kuno – bintang terbalik
Pentagram moden – bintang tak terbalik
Dan simbol pentagram ini bukan sahaja boleh didapati dari tempat-tempat pemujaan dan seumpamanya, tetapi juga boleh diperhatikan pada The Pentagon, iaitu ibu pejabat bagi Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat, seperti gambar di bawah.
Simbol bintang pentagram itu pula sebenarnya adalah gabungan 3 buah segitiga. Mari kita lihat pecahan-pecahan segitiga itu seperti di bawah;
Menjadi
Dan simbol bintang David pula terdiri dari gabungan 2 segitiga
Menjadi
Dan banyak lagi sebenarnya simbol-simbol Illuminati yang tidak muat untuk dibicarakan di sini dan sesuai dibicarakan dalam topik yang lain insyaAllah.
Apa kaitannya dengan Dajjal?
Maka setelah kita mengetahui bahawa gerakan merekalah yang cuba menguasai dunia dengan ingin merealisasikan impian ‘New World Order’ atau ‘Tata Dunia Baru’ dan Tuhan yang akan diangkat oleh mereka untuk memerintah dunia adalah ‘The All Seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’ yang membawa makna Tuhan mereka itu bermata satu. Maka ini sesuailah dengan amaran-amaran yang diberikan oleh Nabi Muhammad S.a.w seperti dalam hadith-hadith di bawah;
Dalam Sahih Muslim ada sebuah Hadits yang bermaksud: “Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Misykat, hal. 472).
“Aku benar-benar akan memperingatkan kalian tentang Dajjal. Tidak ada seorang nabi melainkan ia pernah memperingatkan kaumnya tentang masalah tersebut. Tetapi aku akan mengatakan kepada kalian suatu ucapan yang belum pernah dikatakan oleh seorang nabi pun sebelumku. Dia itu (Dajjal) cacat (sebelah matanya) sedangkan Allah tidaklah cacat (sebelah mata)” (Sahih Jami’ shogir 3495/ Al-Bany) Hadith Riwayat Bukhari.
Dan banyak lagi hadith lain yang menyebut bahawa Rasulullah S.a.w telah memberi amaran kepada kita tentang bakal kemunculan Dajjal yang bermata satu. Sejak dari Nabi Nuh lagi, semua para nabi memberi amaran tentang kedatangan Dajjal, tetapi hanya Nabi Muhammad S.a.w yang mula mengatakan bahawa Dajjal itu bermata satu. Dan mari kita bandingkannya dengan kemunculan Freemasons dan sekutu-sekutunya.
Freemasons mula muncul pada antara akhir abad ke 16 dan awal abad ke 17, bermakna lama selepas diutuskan Nabi Muhammad S.a.w. Sebelum Nabi Muhammad diutuskan , mereka dikenali dengan pelbagai watak yang antaranya Masons (tukang batu) dan sebagainya. Cuma dulu tiada lagi simbol yang digunakan oleh mereka sekarang dan tiada lagi simbol mata satu. Maka benarlah ramalan Nabi Muhammad S.a.w berkenaan akan munculnya Dajjal bermata satu yang akan memerintah dunia, kerana matlamat Freemasons dan sekutu-sekutunya sekarang adalah untuk memerintah dunia dan mereka mengagungkan simbol ‘Mata Satu’ mereka itu. Dan mereka juga adalah anti-kristian dimana orang-orang Kristian juga meramalkan kemunculan mereka berdasarkan dari kitab Bible dan menjadi musuh kepada kristianiti.
Maka sudah jelas di situ, tidak lain dan tidak bukan, pasukan Dajjal tersebut adalahThe Freemasons dan sekutu-sekutunya yang berlindung di sebalik nama Illuminati. Maka tidak perlu lagi kita menanti kemunculan Dajjal kerana sebenarnya dia telah muncul dan pengaruhnya menular ke serata pelusuk dunia sekarang ini dengan bermacam cara. Yang penting sekarang kita perlu sentiasa amalkan membaca ayat-ayat dan doa untuk berlindung dari fitnah Dajjal laknatullahu alaih.
Mereka menunjukkan syurga dunia kepada kita sekarang iaitu kemewahan, alat-alat canggih, hiburan-hiburan dan seumpamanya. Manakala mereka yang tidak mahukan semua itu diibaratkan berada dalam neraka sekarang kerana bagi mereka kehidupan tanpa perkara-perkara tadi adalah memboringkan, tidak seronok, tidak memuaskan dan sebagainya.
Tentang syurga dan neraka yang dibawa oleh Dajjal, anda boleh membacanya dalam kandungan khutbah Rasulullah S.a.w berkenaan Dajjal. Dan antara isi nya bermakud, “Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.”
Ayat dan doa berlindung dengan Allah dari fitnah Dajjal
1- Sepuluh ayat permulaan Surah Al-Kahfi dan sepuluh ayat terakhir.
‘Jika seseorang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi, ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal’ (HR. Muslim no. 809)
“Barang siapa yang membaca sepuluh ayat pertama dari surah al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” Dan di dalam riwayat yang lain disebutkan, “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” (HR. Muslim)
2 – Baca doa elak fitnah dajjal, berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a . Doa nya berbunyi begini,
اللهم اني اعوذبك من عذاب القبر ومن عذاب النار ومن فتنة المحيا والممات ومن فتنة المسيح الدجال
‘Allaahumma innii a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wamin ‘adzaabinnaari wamin fitnatil mahyaa wal mamaati wamin fitnatil masiihid dajjaali’ , yang maksudnya ‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, siksa neraka, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal‘.”
Dan beberapa doa lain lagi yang lebih kurang dengan doa di atas ini seperti mana yang tercatit pada hadith-hadith Nabi Muhammad S.a.w. Semoga Allah memelihara kita dan menjauhkan kita dari fitnah Dajjal, aamiiin. Wallahu a’lam :)
:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
Free counter and web stats Click here



Assalaamu’alaikum w.b.t….. dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya mahu menerangkan tentang apa itu jalan yang lurus?  Jalan yang lurus dan benar adalah jalan yang dibawa oleh para nabi sejak dari zaman Nabi Adam lagi. Jalan yang lurus itu mengajak manusia supaya beriman kepada Allah S.w.t dengan sebenar2nya dan mengEsakanNya. Dan begitu banyak sekali usaha2 untuk menyelewengkan jalan yang lurus itu kerana manusia dihasut oleh iblis dan syaitan. Iblis dan kuncu2nya telah mengisytiharkan perang kepada anak Adam sehingga ke Hari Kiamat. Maka mereka sedaya upaya akan cuba menyesatkan anak Adam dari menjadi hamba Allah yang sebenarnya.
Maka di sini saya ingin menumpukan kepada usaha penyelewengan jalan yang LURUS ini oleh kaum Bani Israel yang menjadi umat nabi Isa a.s / Yesus. Jalan yang asalnya menyuruh menyembah ALlah, Tuhan yang Esa, tetapi telah dicampur adukkan dan di sesatkan dengan menambah agar menyembah dan mengangkat Yesus sebagai Tuhan. Dan akhirnya mewujudkan satu konsep keTuhanan yang baru iaitu Trinity (3 dalam 1).
Sebenarnya, ramai di kalangan Kristian peringkat awal dulu sendiri pun tidak bersetuju dan menentang konsep Trinity ini. Kumpulan2 seperti Ebonites, Corinthians, Basilidians, Capocratians, dan Hypisistarians tidak tahu-menahu pun tentang konsep Trinity ini. Manakala Arians, Paulicians dan Goths menerima Yesus sebagai seorang rasul sahaja dan menentang Trinity.
Dan bukan kumpulan2 itu dan Islam sahaja yang tidak bersetuju dengan Trinity, malah Yahudi juga amat tidak bersetuju dengan Trinity. CUma sayangnya, Yahudi terlalu angkuh dan hanya menganggap kaum mereka sahaja yang mulia dan tidak menerima kerasulan Nabi Muhammad S.a.w hanya kerana Nabi Muhammad S.a.w bukan keturunan Bani Israel. Mereka tidak menerima hakikat tersebut kerana bagi mereka, rasul mestilah hanya dari keturunan Israel kerana semua rasul terkemudian sebelum itu berketurunan dari Israel / Nabi Yaakob.
Dan jangan terkejut, pada zaman moden ini pun ada gereja2 di  Asia, Afrika, gereja Unitarian, Jehovah’s witnesses dan majoriti paderi2 Anglikan  juga dilaporkan tidak menerima konsep Trinity, tidak menyembah Yesus dan masih mengekalkan keEsaan Allah S.w.t.  Dan Johannes Greber (1874), bekas paderi Roman Katolik dalam bukunya yang bertajuk, ’The Communication with the Spirit World of God’ dalam muka surat 31 mengatakan , ”As you see, the doctrine of a triune Godhead is not only contrary to common sense, but is entirely unsupported by the Scriptures”.  Dia juga mengatakan bahawa idea Trinity itu langsung tidak mendapat sokongan dari kitab Bible sendiri.
Dan yang pasti lagi, umat Kristian awal dulu iaitu pada abad ke 2 mengalami pertelingkahan dan selisih faham mengenai siapa Yesus yang sebenarnya dan adakah dia betul2 mati di tiang salib?  Saya tegaskan sekali lagi, perselisihan faham tentang Yesus di salib itu adalah di kalangan orang2 Kristian sendiri bukannya orang2 Islam atau orang2 agama lain.  Kerana apa?  Kerana TIADA BUKTI yang kukuh yang boleh menyatakan bahawa Yesus telah mati di tiang salib. Ini lah yang harus difikirkan kembali oleh orang2 Kristian sekarang dan sebaiknya tidak hanya mengikut secara membuta tuli ajaran pihak gereja.
Beberapa manuskrip dari kitab Wahyu dalam Perjanjian Baru telah di BAN. Untuk mengetahui secara lanjut tentang usaha BAN itu, sila ikuti History Channel di bawah tajuk Banned from the Bible. Mengapa ia di Ban? Sedangkan mengikut kepercayaan Kristian, kitab Wahyu adalah kandungan wahyu dari Tuhan kepada Petrus?  Dan mengikut kajian sejarah itu, bahagian yang di BAN itu mengatakan bahawa Yesus tidak disalib. Dan ini menguatkan hujjah dari Islam yang mana rancangan History Channel itu memberikan bukti2 dari beberapa cabang Kristian sendiri.
Usaha MengeBAN itu mula dilakukan dalam persidangan2 gereja yang mana telah dimulakan oleh Raja Konstantin iaitu raja Rome pertama yang menganut Kristian. Berikut disenaraikan tentang 7 persidangan gereja yang pertama;
Tempoh daripada Persidangan Nicea Pertama (325) hingga Persidangan Nicea Kedua (787) dinamakan sebagai tempoh Tujuh Persidangan Gereja.
1. Persidangan Nicea Pertama (325); tidak mengakui Arianisme dan Quartodecimanisme, menerima pakai Pengakuan Iman Nicea yang asal. Persidangan ini dan semua persidangan berikutnya tidak diiktiraf oleh gereja-gereja bukan triniti—Arianisme, Unitari, Mormon, dan Jehovah’s Witnesses.  Hasil dari persidangan ini maka lahirlah Pengakuan Iman Nicea atau Nicene Creed .
Dalam persidangan ini hal utama yang dibincangkan adalah ajaran seorang pemimpin gereja dari Iskandariah, Mesir, bernama Arius yang mengajarkan bahawa Yesus bukannya Tuhan, tetapi adalah makhlukNya. Menurut Arius, Yesus adalah pesuruh Tuhan yang penting tetapi juga manusia seperti yang lain.  Persidangan Nicea telah menolak ajaran Arius dan menganggapnya sebagai terseleweng dari ajaran Kristian yang benar. Para pemimpin gereja yang hadir dalam persidangan tersebut menegaskan kebenaran kitab Alkitab bahawa Yesus adalah Tuhan, sehakikat dengan Yahweh Bapa.
2. Persidangan Constantinople Pertama (381); menyemak kembali Pengakuan Iman Nicea kepada bentuk yang digunakan sekarang di gereja-gereja Timur dan Ortodoks Orient dan melarang sebarang pindaan lanjut Pengakuan Iman tersebut tanpa persetujuan persidangan gereja.
3. Persidangan Ephesus Pertama (431); tidak mengakui Nestorianisme, mengisytiharkan Maryam Perawan sebagai Theotokos(bahasa Yunani Η Θεοτόκος, “Pembawa Tuhan” atau lebih umum lagi “Ibu Tuhan”).
4. Catatan: Lihat Persidangan Gereja Keempat untuk mengetahui perbezaan dalam membuat penomboran bagi persidangan ini dan persidangan berikutnya.
Persidangan Ephesus Kedua (449); menolak Nestorianisme. Pope Dioscorus mendapati Eutyches menjadi penganut Ortodoks. Dioscorus, bagaimana pun, mengisytiharkan kutukan terhadap Eutyches tidak lama selepas Persidangan Chalcedon. Persidangan ini tidak diiktiraf oleh golongan Chalcedon (golongan Katolik dan Ortodoks Byzantine).
Persidangan Chalcedon (451); tidak mengakui doktrin monophysitisme ajaran Eutyches yang menggambarkan dan menggariskan dua zat al-Masihsebagai manusia dan tuhan; menerima pakai Pengakuan Iman Chalcedon. Bagi mereka yang menerimanya, ia adalah Persidangan Gereja Keempat (menamakan persidangan sebelumnya yang ditolak oleh persidangan ini sebagai “Synod Perompak”). Persidangan ini dan semua persidangan berikutnya tidak diiktiraf oleh Kommunion Ortodoks Orient. Persidangan ini tidak diterima oleh golongan Katolik sehinggalah Persidangan Lyon Kedua (1274).
5. Persidangan Constantinople Kedua (553); mengesahkan keputusan-keputusan dan doktrin-doktrin yang dihuraikan oleh persidangan-persidangan sebelumnya, mengutuk tulisan-tulisan pengikut baru Arius, Nestor dan Monofisit, mendekrikan Theopaschite Formula.
6. Persidangan Constantinople Ketiga (680–681; tidak mengakui Monothelitisme,mengesahkan bahawa al-Masih mempunyai kehendak kemanusiaan dan ketuhanan.
Persidangan Quinisext (= Kelima dan Keenam) atau Persidangan di Trullo (692); lebih kepada persidangan pentadbiran yang mengangkat beberapa hukum gereja tempatan ke status gereja, menubuhkan prinsip-prinsip disiplin pendeta, dan menumpukan kanun Bible. Ia tidak dianggap sebagai satu persidangan dapat berdiri penuh di atas haknya sendiri kerana ia tidak memutuskan permasalahan doktrin. Persidangan ini diterima oleh Gereja Ortodoks Timur sebagai sebahagian daripada Persidangan Constantinople Ketiga, tetapi ditolak oleh golongan Katolik Rom.
7. Persidangan Nicea Kedua (787); pengembalian penghormatan terhadap ikon dan penamat ikonoklasme. Ia ditolak oleh beberapa mazhab Protestan yang sebaliknya lebih mengutamakan Persidangan Hieria (754) yang juga menggambarkan dirinya sebagai Persidangan Gereja Ketujuh dan telah mengutuk penghormatan terhadap ikon.
Daripada persidangan2 di atas, dapat kita simpulkan bahawa Raja Konstantin merupakan antara orang yang bertanggung jawab dalam mengangkat Yesus sebagai Tuhan, sesuai dengan ajaran dari Paulus. Pada asalnya tiap2 gereja dalam Kristian mempunyai doktrin dan kitab yang berlainan, tetapi mula disatukan oleh Konstantin melalui persidangan2 yang tersebut di atas.
Di bawah ini adalah terjemahan dari Pengakuan Iman Nicea;
Kami percaya kepada Yahweh, Bapa yang Maha Kuasa,
Pencipta langit dan bumi serta segala sesuatu yang ada di dalamnya
Dan kepada satu Tuhan Yesus Kristus, Anak tunggal Yahweh,
dilahirkan dari Bapa sebelum segala ciptaan; Cahaya dari cahaya
Tuhan sejati; dilahir, bukan dicipta, sehakikat dengan Bapa
dan daripadaNya segala sesuatu diciptakan.
Untuk kita dan keselamatan kita, Dia turun dari syurga,
menjelma semula dengan kuasa Roh Kudus
dilahirkan menerusi Sang Dara Maria dan menjadi manusia
Kerana kita Dia disalibkan oleh Pontius Pilatus
menderita dan dikuburkan
Dan menurut Alkitab bangkit semula pada hari ketiga
Dan naik ke syurga dan kini duduk di sebelah kanan Yahweh Bapa
Dia akan kembali dalam kemuliaan, untuk menghakimi yang hidup dan yang mati
dan kerajaanNya akan kekal selama-selamanya:
Kami percaya kepada Roh Kudus, Tuhan dan Sumber Kehidupan
yang timbul dari Yahweh Bapa
Bersama Yahweh Bapa dan Anak, disembah dan dimuliakan.
Dia telah bersabda menerusi Rasul-rasulNya
Kami percaya kepada gereja yang kudus, esa dan am
Kami percaya kepada baptisan sebagai tanda penebusan dosa,
Kami menantikan hari di mana yang mati akan bangkit semula
dan kehidupan yang kekal sesudahnya.
Amin.
Maka telah jelas kepada kita betapa iman Kristian berkenaan Yesus itu Tuhan dan konsep Trinity adalah suatu penyelewengan yang berlaku di zaman pemerintahan Konstantin. Dan penyelewengan2 tersebut berlaku di atas dasar ajaran dari Paulus.  Maka saya menyeru kepada kaum Kristian yang membaca tulisan ini, agar kembali lah ke pangkal jalan.  Jangan lah mengatakan Yesus itu anak Tuhan atau salah satu dari Tuhan atau Tuhan 3 dalam 1. Kerana Yesus hanya lah seorang Rasul / Utusan dari Allah seperti mana juga rasul2 lain.  Dan akui lah kerasulan Nabi Muhammad S.a.w serta terima lah ajarannya. Dan sesungguhnya  Allah itu Maha Esa.  Wallahu a’lam  :)
Rujukan :
1 – Wikipedia
2 – History Channel
3 - http://answering-christianity.com

Status blog

  • 2,006,419 lawatan

Online