Jumat, 23 September 2011

Menjejak Rasullullah S.A.W dalam Bible

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya aku diberi petunjuk oleh Allah s.w.t tentang ramalan yang dibuat oleh Nabi-nabi sebelum Rasullullah S.A.W. Rahsia-rahsia ramalan tersebut masih ada terdapat dalam kitab perjanjian lama(old testament) dan perjanjian baru(new testament) Injil Orang Kristian. Namun IA memerlukan minda untuk berfikir secara mendalam untuk mentafsirkannya. Mungkin kita pernah mendengar, orang2 gereja kristian telah memadam dan menghapuskan nama2 Muhammad S.A.W dalam bible mereka. Namun seperti firman Allah dalam surah At-Thaaariq ayat 15-17 :

"Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya. Dan Aku pun membuat perancangan pula dengan sebenar-benarnya.Maka berilah tangguh orang-orang kafir itu, iaitu berilah tangguh kepada mereka barang sebentar"


dan Surah Al-Anfal ayat 30:
Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.


tanpa membuang masa, marilah kita melihat ramalan tersebut satu persatu....


1- Nabi yang bukan berasal dari Bani Israel
Ulangan 18:18
"seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka dari antara saudara mereka, seperti engkau ini; Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadanya."

Rasullullah s.a.w adalah berasal dari keturunan Nabi Ismail. Nabi Ismail adalah saudara kepada Nabi Ishak, atau lebih tepat lagi, merupakan abang tiri kepada Nabi Ishak melalui perkongsian hidup Nabi Ibrahim dan Siti Hajar. Manakala, Nabi Ishak merupakan Ayah kepada Nabi Yakub yang akhirnya disebut Israel yang bermaksud "yang berjalan di Malam Hari". 

2-Nabi Yang berjaya Menegakkan Syariat Agama Di Tanah Arab
Habakuk 3:3
"Allah datang dari negeri Teman dan Yang Maha kudus dari pegunungan Paran. Sela. Keagungan-Nya menutupi segenap langit, dan bumi pun penuh dengan pujian kepada-Nya."

Umum mengetahui bahawa agama islam sentiasa mensyariatkan zikir dan memuji-muji Tuhan Yang Maha Esa. 

3- Nabi yang tidak boleh Membaca
Yesaya 29:12
" dan apabila kitab itu diberikan kepada seorang yang tidak dapat membaca dengan mengatakan: "Baiklah baca ini," maka ia akan menjawab: "Aku tidak dapat membaca." 

Umat Islam telah kerap kali mendengar tentang bagaimana wahyu pertama diturunkan kepada Muhammad s.a.w. Hadis riwayat Aisha r.a : 
"ketika Baginda sedang berada di gua Hira’. Malaikat (Jibril as.) datang dan berkata: Bacalah. Beliau menjawab: Aku tidak dapat membaca. Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda: Malaikat itu menarik dan mendekapku, hingga aku merasa kepayahan. Lalu ia melepaskanku seraya berkata: Bacalah. Aku menjawab: Aku tidak dapat membaca. Dia menarik dan mendekapku lagi, hingga aku merasa kepayahan. Kemudian ia melepaskan sambil berkata: Bacalah. Aku menjawab: Aku tidak dapat membaca. Dan untuk yang ketiga kalinya ia menarik dan mendekapku sehingga aku merasa kepayahan, lalu ia melepaskanku dan berkata: Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Menciptakan." 

4- Nabi yang boleh berperang, yang mempunyai keturunan dan lama ditunggu-tunggu oleh kaum yang tertindas. 
yesaya 41:1-4

"Dengarkanlah Aku dengan berdiam diri, hai pulau-pulau, hendaklah bangsa-bangsa mendapat kekuatan baru! Biarlah mereka datang mendekat, kemudian berbicara; baiklah kita tampil bersama-sama untuk berperkara!"

" siapakah yang menggerakkan dia dari timur, menggerakkan dia yang mendapat kemenangan di satiap langkahnya, yang menaklukkan bangsa-bangsa ke depannya dan menurunkan raja-raja? Pedangnya membuat mereka seperti debu dan panahnya membuat mereka seperti jerami yang tertiup."

"Ia mengejar mereka dan dengan selamat ia melalui jalan yang belum pernah diinjak kakinya."

" Siapakah yang melakukan dan mengerjakan semuanya itu? dia yang dari dahulu memanggil bangkit keturunan-keturunan, Aku, Tuhan, yang terdahulu dan bagi mereka yang terkemudian Aku tetap Dia juga."



Keseluruhan ayat di atas menerangkan bahawasanya, bangsa-bangsa bukannya bangsa Israel semata-mata mendapat kekuatan baru. Dan umum mengetahui bahawasanya Nabi Muhammad S.A.w telah beberapa kali terlibat dalam peperangan semasa menaikkan syiar ISlam di bumi Arab dan mendapat kemengan yang besar. Ayat "baiklah kita tampil bersama-sama untuk berperkara" seolah olah merujuk kepada kaum Muhajirin dan Kaum Ansar yang telah lama bersengketa akhirnya bersatu. 


5-Nabi yang menegakkan hukum kepada bangsa-bangsa lain dan tidak pernah berteriak dengan suara nyaring.
Yesaya 42 :1-4
"Lihat, Itu Hamba-ku yang kupegang, orang pilihan ku, yang kepadanya aku berkenan. Aku telah menaruh roh-ku ke atasnya, suapaya ia menyatakan Hukum kepada bangsa-bangsa."
"Ia tidak akan berteriak atau menyaringkan suara atau memperdengarkan suaranya di jalan."
"Buluh yang patah terkulai tidak akan diputuskannya, dansumbu yang pudar tidak akan dipadamkannya, tetapi dengan setia ia akan menyatakan hukum."
"ia sendiri tidak akan menjadi pudar dan tidak akan patah terulai, sampai ia menegakkan hukum di bumi, segala pulau mengharapkan pengajarannnya."


Ayat diatas menerangkan bahawa Tuhan telah meWahyukan kepada nabi pilihan-Nya hukum-hukum yang perlu disampaikan kepada umat-Nya. Ianya amat kena sekali pada peribadi rasullullah s.a.w. Baginda sendirian telah menetapkan hukum-hukum islam. Jika difikirkan secara logik, tidak mungkin seorang biasa dapat memikirkan begitu banyak hukum-hukum untuk di sampaikan kepada pengikutnya, melainkan dengan bantuan kuasa luar. Dan walaupun semasa berdakwah, Baginda mendapat tentangan yang kuat dari kaumnya sendiri, baginda tetap meneruskan dakwah baginda seperti yang tertulis pada rangkap yang kedua. 



6- Nabi yang membawa Damai
Yeremiah 28:9 
"Tetapi mengenai seorang nabi yang bernubuat tentang damai sejahtera, jika nubuat nabi itu digenapi, maka berulah ketahuan, bahawa nabi itu benar-benar diutus oleh tuhan."

7- Nabi yang bukan berasal dari Keturunan Israel
Kejadian 49:10
"Tongkat kerajaan tidak akan berganjak dari Yehuda ataupun lambang pemerintahan dari kakinya, sampai dia datang, yang berhak atasnya, maka kepadanyaakan takluk bangsa-bangsa"


Telah diketahui bahawa yehuda adalah salah satu cabang Bani Israel. Raja Daud dan Raja Sulaiman adalah dari suku Yehuda, Nabi Isa a.s yang telah disalah anggap sebagai anak Tuhan dan juga Raja kepada segala Raja di katakan berasal dari keturunan Daud, yang bermakna juga adalah keturunan Yahuda( Matius 1: 1). Namun, nubuat Nabi Yakud dalam ayat diatas menyatakan bahawa tongkat raja akan beralih dari keturunan Yahuda. 

Matius 21:42-43
"kata Yesus kepada mereka"belum pernahkah kamu baca dalam kitab suci:batu yang dibuang oleh tukang-tukang bangunan telah menjadi batu penjuru: hal itu terjadidari pihak Tuhan, suatu yang ajaib di mata kita."
"Sebab itu, Aku berkata kepadamu,bahwa kerajaan Allah akan diambil dari padamu dan akan diberikan kepada suatu bangsa yang akan menghasilkan buah Kerajaan itu"


Batu yang dibuang oleh tukang-tukang bangunan boleh juga ditafsirkan sebagai Nabi Ismail yang dibuang oleh Nabi Ibrahim menurut kejadian 21:10. Dan telah terjadi bahawa seorang Nabi di angkat dari bani Ismail dan islam telah menjadi Kerajaan besar suatu ketika dulu.

8- Nabi Penghibur 
Yohanes 16:7 
"Namun benar yang Kukatakan ini kepadamu: Adalah lebih berguna bagi kamu, jika Aku pergi. Sebab jikalau Aku tidak pergi, Penghibur itu tidak akan datang kepadamu, tetapi jikalau Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepadamu."

Disini dinyatakan bahawa yesus akan pergi dan bukannya pulang atau mati. Maksudnya, Yesus tidak mati. Dan jika yesus tidak pergi maka "penghibur" tidak dapat datang. Bukankah dalam Al-quran kita telah kerap kali terbaca ayat "katakanlah" dan "dan khabarkanlah/sampaikanlah berita gembira"..



wallahualam...

AJL 24 - Teori sebuah Konspirasi


"Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat musik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". -Riwayat Tarmizi


Assalamualaikum W.B.T

Pada 10 Januari yang lalu, telah berlangsungnya sebuah acara yang gilang gemilang demi memartabatkan industri musik(kononnyer). Acara tersebut telah berlangsung dengan jayanya dengan lagu "pergi" yang didendangkan oleh Aizat telah dinobatkan sebagai Juara Lagu yang ke-24, Yuna di tempat kedua dan Faizal Tahir di tempat ketiga. Bagi sesiapa yang tahu atau ambil tahu serba sedikit tentangfreemason atau nama pendeknyer mason (senang sebut; agen yang bekerja untuk Dajjal), pasti sedar banyak simbol-simbol masonic terpapar di skrin besar di stadium semasa berlangsungnya acara tersebut. Bukan sekali,tetapi banyak kali juga ia muncul. Antaranya ialah corak checkered floor dan all seing eye.

sebagai contoh, diselitkan sikit gambar di bawah:-


Lodge Freemason



Krishna



Office CIA


Masa Show Hujan



same tak? same tak?
Benda nampak saje kecil, tp haruslah diingat:-
Surah Al-Baqarah, Ayat 120 :

ولن ترضى عنك اليهود والنصارى حتي تتبع ملتهم

Maksud : "Dan tidak akan redha akan kamu orang-orang yahudi dan nasrani sehinggalah kamu mengikuti cara hidup mereka."

Isu Kalimah Allah

al permulaan tahun baru yang lalu, kita menerima banyak berita. Ada yang baik, ada yang tidak. Banyak isu kita boleh terima dan diamkan dan settlekan secara aman. Tetapi ada jugak isu yang tidak boleh..

Tetapi isu yang paling hangat sekarang adalah isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Herald Catholic.

Ada bermacam-macam kontroversi dikaitkan dengan isu nie sampailah ada gereja yang dibakar dan dilempar bom. Bagi sesetengah orang, isu ini sengaja dibangkitkan dengan harapan untuk mencetuskan huru-hara dan ketengan dalam negara kita yang aman damai ini.


Tetapi, apa sebenarnye yang berlaku disebalik isu ini?
sebenarnya kalau nak di ikutkan, kalimah Allah itu sudah lama tercetak dalam kitab Bible(sengaja x sebut sebagai injil) orang kristian dan diguna pakai di kawasan sabah dan sarawak. Selama itu juga tidak timbul sebarang isu berkenaan kalimah tersebut. Tetapi kenape baru sekarang menjadi isu? (jeng jeng jeng...)
Sebenarnye bukan ini yang menjadi isu, yang menjadikan isu adalah penggunaan kalimah "Allah" oleh akhbar Herald Catholic isuBerbahasa Melayu. Penggunaan kalimah "Allah" oleh penganut kristian bukanlah suatu isu dan memang tidak melanggar perlembagaan negara.

Bayangkanlah, suatu hari, ketika anda sedang duduk-duduk di rumah. Tiba2 anak anda pulang dan bertanyakan kepada anda.
"ayah/ibu, kenapa kita tidak menganut agama kristian? bukankah kta menyembah Allah yang sama? kalau kita menganut agama kristian, andaikata agama islam ini sebenarnya palsu, maka kita terselamat, dan kalau agama kristian yang sebenarnya palsu, maka kita masih terselamat kerana masih menyembah Allah."

Apa agaknye nak di jawab yer?

x perlu jawab kepada saya atau kepada orang lain, sediakan jawapan untuk generasi masa depan dan tatkala kita di soal di padang mashyar nanti..

Bagi yang pernah membaca Bible yang berbahasa Melayu atauIndonesia, pasti faham kenape perkataan Allah itu x patut dibenar di cetak di atas akhbar Herald Catholic. Sebagai contoh, saya paparkan di bawah serangkap ayat dari bible yang berbahasa Indonesia untuk menunjukkan bagaimana mereka menggunakan Kalimah Allah itu....:


Adapun raja Salomo mencintai banyak perempuan asing. Di samping anak Firaun ia mencintai perempuan-perempuan Moab, Amon, Edom, Sidon dan Het, padahal tentang bangsa-bangsa itu TUHAN telah berfirman kepada orang Israel: “Janganlah kamu bergaul dengan mereka dan mereka pun janganlah bergaul dengan kamu, sebab sesungguhnya mereka akan mencondongkan hatimu kepada allah-allah mereka.” Hati Salomo telah terpaut kepada mereka dengan cinta” (1 Raj. 11:1-2).

"Mereka membakar kemenyan kepada allah-allah bangsa-bangsa yang telah disingkirkan TUHAN dari negeri yang diduduki mereka. Jadi, umat Israel telah melakukan banyak perbuatan jahat, sehingga TUHAN menjadi sangat marah. " - Raja-raja 17:11

(huih.. da la di jadikan kata nama am, di hilangkan ke-esa-an Allah plak tuh.. gempaklah sape yang sokong bermati-matian diguna pakai oleh gereja kalimah ni.. semoga berjaya menempuhi siratul Mustaqim)...







Kita diberi dua telinga, dan dua mata dengan satu mulut, jadi, banyakkan membaca dan mendengar serta kurangkan bercakap.

Sujud dan Bait Allah didalam Alkitab

Dalam Alkitab Kristian jelas tertulis bahwa nabi-nabi terdahulu memiliki bait Allah masing masing . Sangat banyak ayatnya. Tidak kurang 100 ayat dan ini termasuk ayat-ayat dalam perjanjian baru pada masa Nabi Isa sekalipun.
Dan Yesus pun tidak pernah menghapus Taurat meski satu titik kecil sekalipun, maksudnya Hukum Taurat & kitab-kitab para Nabi terdahulu masih tetap berlaku:

Matius 5:17. "Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya.
5:18 Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.
5:19 Karena itu siapa yang meniadakan salah satu perintah hukum Taurat sekalipun yang paling kecil, dan mengajarkannya demikian kepada orang lain, ia akan menduduki tempat yang paling rendah di dalam Kerajaan Sorga; tetapi siapa yang melakukan dan mengajarkan segala perintah-perintah hukum Taurat, ia akan menduduki tempat yang tinggi di dalam Kerajaan Syurga.
Lukas 16:17 Lebih mudah langit dan bumi lenyap dari pada satu titik dari hukum Taurat batal.

Jadi, mengapakah mereka menafikan Sujud menghadap kiblat dalam Solat dan memperlekehkan sujud dengan mengatakan ia cuma tindakan menungging? 
Padahal Yesus juga bersolat dengan bersujud muka ke tanah dan Yesus pun berlutut serta merebahkan diri ke tanah mirip se bagaimana orang islam melaksanakan solat dengan Sujud, berlutut, merebahkan diri ke tanah:

Matius 26:39 Maka Ia maju sedikit, lalu sujud dan berdoa, kata-Nya: "Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari pada-Ku, tetapi janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki."
Markus 14:35 Ia maju sedikit, merebahkan diri ke tanah dan berdoa supaya, sekiranya mungkin, saat itu lalu dari pada-Nya.
Dua ayat diatas dapat kita simpulkan bahawa:
1.Yesus sujud kepada Allah, sebagaimana orang Islam sujud. Tidak ada tatacara ibadah dengan sujud muka ke tanah kecuali umat Islam. Kenapa orang bukan islam menghina Sujud dengan mengatakan menonggeng?
Padahal Yesus pun sujud! Bibr mereka memuji yesus tetapi hati mereka jauh daipada baginda.
Matius 15:8 Bangsa ini memuliakan Aku dengan bibirnya, padahal hatinya jauh dari pada-Ku.
15:9 Percuma mereka beribadah kepada-Ku, sedangkan ajaran yang mereka ajarkan ialah perintah manusia."

2.Yesus menyembah kepada Allah, berdoa kepada Allah. Setiap kali mereka berdoa pada Allah be-erti bukan kepada Allah & bukan kepada Tuhan, tidak seperti umat islam berdoa pada Allah. Hanya umat Islam-lah yang murni berdoa HANYA pada Allah langsung tanpa melalui perantara Yesus, tanpa perantara Malaikat, tanpa perantara Ibu Maria, tanpa perantara Rasul atau Santo.
Matius 4:10 Maka berkatalah Yesus kepadanya: "Enyahlah, Iblis! Sebab ada tertulis: Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, danHANYA KEPADA DIA SAJALAH engkau berbakti!"
Tetapi adakah kita melihat mereka berdoa kepada Tuhan secara terus? Tidak , melainkan mereka merasakan bahawa doa mereka harus melalui Yesus sebelum sampai kepada Tuhan.
3. Yesus tidak meminta mengikut kehendak dirinya, tapi sesuai mengikut kehendak Allah, ertinya Yesus berserah diri pada Allah, berserah diri pada Allah ini ertinya Muslim. Banyak sekali ayat dalam alkitab dimana Yesus berserah diri kepada Allah. Kata “Muslim” dalam bahasa arab pun berarti berserah diri pada Allah.

Dalam alkitab christian pun jelas menulis bahwa:

Nabi Ibrahim bersujud:
Kejadian 17:3 Lalu sujudlah Abram, dan Allah berfirman kepadanya.....

Nabi Lot bersujud:
Kejadian 19:1 Kedua malaikat itu tiba di Sodom pada waktu petang. Lot sedang duduk di pintu gerbang Sodom dan ketika melihat mereka, bangunlah ia menyongsong mereka, lalu sujud dengan mukanya sampai ke tanah,

Nabi Ezra(Uzair) bersujud:
Ezra 10:1 Sementara Ezra berdoa dan mengaku dosa, sambil menangis dengan bersujud di depan rumah Allah, berhimpunlah kepadanya jemaah orang Israel yang sangat besar jumlahnya, laki-laki, perempuan dan anak-anak. Orang-orang itu menangis keras-keras.

Nabi Yosua bersujud:
Yosua 5:14 Lalu sujudlah Yosua dengan mukanya ke tanah, menyembah dan berkata kepadanya: ”Apakah yang akan dikatakan tuanku kepada hambanya ini?

Nabi Daud bersujud:
Mazmur 95:6 Masuklah, marilah kita sujud menyembah, berlutut di hadapan Tuhan yang menjadikan kita.

Nabi Musa bersujud
Keluaran 34:8 Segeralah Musa berlutut ke tanah, lalu sujud menyembah

Nabi Harun bersujud
Bilangan 20:6 Maka pergilah Musa dan Harun dari umat itu ke pintu Kemah Pertemuan, lalu sujud. Kemudian tampaklah kemuliaan TUHAN kepada mereka.

Nabi Ibrahim bersujud, Nabi Daniel bersujud, Nabi Musa bersujud, Nabi Harun bersujud, Nabi Daud bersujud, Nabi Sulaiman bersujud, Nabi Yosua bersujud, Nabi Yehezkiel(zulkifli) & para Nabi lain pun bersujud, bahkan Yesus pun bersujud!!!

Lalu mengapa orang Kristian menghina muslim bersujud dengan hinaan nunggang nungging? Mengapa mereka sendiri tidak pernah sujud? Apa mereka tidak ingin mengikuti jalan para Nabi terdahulu & Nabi Isa sendiri dengan bersujud muka ke tanah? Mengapa mereka menginkari sujud yang dicontohkan para Nabi terdahulu?

Ada lagi, Nabi-nabi terdahulu selalu mendirikan tugu yang kemudian akan didatanginya kembali dan ia dipanggil Rumah Allah / Bait Allah / Betel / Baitullah.

Kejadian 31:13 Akulah Allah yang di BETEL itu, di mana engkau mengurapi TUGU, dan di mana engkau bernazar kepada-Ku; maka sekarang, bersiaplah engkau, pergilah dari negeri ini dan pulanglah ke negeri sanak saudaramu."

Kejadian 28:18 Keesokan harinya pagi-pagi Yakub mengambil BATU yang dipakainya sebagai alas kepala dan mendirikan itu MENJADI TUGU dan menuang minyak ke atasnya.

Kejadian 28:22 Dan BATU YANG KUDIRIKAN SEBAGAI TUGU ini akan menjadi rumah Allah. Dari segala sesuatu yang Engkau berikan kepadaku akan selalu kupersembahkan sepersepuluh kepada-Mu."

Kejadian 31:45 Kemudian Yakub mengambil SEBUAH BATU DAN DIDIRIKANNYA MENJADI TUGU.

Kejadian 31:51 Selanjutnya kata Laban kepada Yakub: "InilahTIMBUNAN BATU, DAN INILAH TUGU yang kudirikan antara aku dan engkau--

Kejadian 31:52 TIMBUNAN BATU DAN TUGU inilah menjadi kesaksian, bahwa aku tidak akan melewati timbunan batu ini mendapatkan engkau, dan bahwa engkaupun tidak akan melewati timbunan batu dan tugu ini mendapatkan aku, dengan berniat jahat.

Kejadian 35:14 Kemudian Yakub mendirikan tugu di tempat itu, yakni TUGU BATU; ia mempersembahkan korban curahan dan menuangkan minyak di atasnya.

Matius 23:16 Celakalah kamu, hai pemimpin-pemimpin buta, yang berkata: Bersumpah demi Bait Suci, sumpah itu tidak sah; tetapi bersumpah demi emas Bait Suci, sumpah itu mengikat.

Jadi, mengapa mereka menghina ibadah Haji & Tawaf Keliling Ka’abah jika itu semua jelas terdapat dalam kitab mereka sendiri & juga dilakukan serta dicontohkan oleh para nabi terdahulu?

Didalam Islam, menghadap Ka’abah bukanlah merupakan suatu kebaikan, sebagaimana tertulis:

QS.2: 177. Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar; dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.




Jika ada umat kristian yang membaca ini, maaf, jangan la marah pada saya, tapi marah lah pada alkitab yg ada ditangan awak sendiri. Saya cakap bukan dari hati, tapi selalunya ada BUKTI NYATA dari kitab daripada kristian & Quran.

Ayat ber-haji pun terdapat baik dalam perjanjian baru maupun perjanjian lama, tapi insya Allah kita bahas di lain waktu karena tema kali ini ialah Bait Allah & mengapa Sujud menghadapnya.
-----------------
Bila ada yang fikir note ini berguna, sila copy paste & sebarkan kepada rakan-rakan & saudara-saudara lain sehingga iman & kebenaran islam semakin nyata...

Dakwahkanlah meski cuma 1 ayat sahaja, mulakan dari saudara & rakan-rakan sekitar kita. Biar cuma sikit 1 ayat tapi disampaikan, lagi baik daripada banyak ilmu tapi cuma untuk diri sendiri.


wallahualam..

KITAB ALLAH YANG DAHULU



Suatu ketika Rasulullah s.a.w telah ditanya tentang suhuf yang diturunkan kepada suhuf Nabi Allah Musa a.s.
Rasulullah s.a.w berkata, "Sebahagian daripada kandungan suhuf Nabi Musa a.s :-

1. Aku hairan pada orang yang telah meyakinkan akan datangnya kematian (yakin dirinya akan mati dan ditanya tentang amalannya), tetapi mengapa mereka merasa seronok dan gembira di dunia (tidak membuat persediaan).

2. Aku hairan kepada orang yang telah meyakini akan adanya qadar (ketentuan) Allah, tetapi mengapa mereka marah-marah (bila sesuatu musibah menimpa dirinya).

3. Aku hairan pada orang yang telah meyakini akan adanya hisab (hari pengiraan amal baik dan buruk), tetapi mengapa mereka tidak berbuat kebaikan?"

Rasulullah s.a.w ditanya pula tentang sebahagian daripada kitab Taurat, Nabi berkata, "Antara kandungannya ialah :-

1. Wahai anak Adam, janganlah kau merasa khuatir akan kekuasaan (pangkat), selagi kekuasaanKu kekal abadi iaitu tidak akan hilang selamanya.

2. Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami menciptakan kamu adalah untuk beribadah kepadaKu, maka dari itu janganlah kamu mensia-siakan (menghabiskan masamu untuk berhibur sahaja).

3. Wahai anak Adam, Kami tidak mengira akan amalanmu yang akan dilakukan esok, oleh itu janganlah kamu cemas akan rezekimu untuk esok.

4. Wahai anak Adam, sesungguhnya bagi kamu ada kewajipan dan ketentuan rezeki, sekalipun kamu mengabaikan kewajipanmu terhadapKu, namun Aku tidak akan mengabaikan rezeki yang telah ditentukan untukmu.

5. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu redha pada apa-apa yang telah aku berikan kepadamu, maka kamu akan merasakan bahagia zahir dan batin. Tetapi jika kamu tidak redha dengan apa-apa yang telah Aku berikan itu, maka kamu akan dikuasai oleh dunia sehingga kamu akan melompat-lompat dan melenting kepanasan di padang pasir yang panas. Demi Keagungan dan KemuliaanKu, ketika itu pun kau tidak akan memperolehi apa-apa selain yang telah aku tetapkan, malahan engkau termasuk di dalam golongan orang yang tercela di sisiKu."

Keistimewaan Bahasa Arab

Pertama, Bahasa Arab adalah bahasa induk dari semua bahasa ummat manusia.
Ketika Nabi Adam As menginjakkan kakinya pertama kali diatas bumi ini, beliau sudah pandai berbicara. Dan karena sebelumya beliau adalah penduduk surga, yang mana ada keterangan bahwasanya bahasa penduduk surga adalah bahasa Arab, maka secara otomatis bahasa yang digunakan Nabi Adam adalah bahasa Arab.
Kedua, bahasa arab adalah bahasa tertua dan abadi. Kita boleh saja mengatakan bahwa bahasa Inggris adalah bahasa paling populer di dunia, akan tetapi tidak ada bahasa yang bertahan lama dimuka bumi ini selain bahasa arab. Sebab sejarah membuktikan bahwa sejak zaman Nabi Ibrahim As, yang diperkirakan hidup pada abad 19 sebelum masehi, beliau sudah menggunakan bahasa Arab. Sehingga kalau dihitung sampai sekarang, bahasa arab sudah digunakan penduduk bumi selama kurang lebih 40.000 tahun lamanya.
Ketiga, bahasa arab memiliki jumlah perbendaharaan kata yang paling banyak. Mungkin karena usianya yang sudah sangat tua, dibarengi dengan peradaban manusia yang beraneka ragam, maka kata-kata dalam bahasa arab semakin banyak. Sebagai contoh, salah satu peneliti bahasa arab mengemukakan bahwa orang arab memiliki 80 sinonim untuk kata yang bermakna unta. Dan punya 200 sinonim untuk sinonim yang bermakna anjing.
Keempat, bahasa arab adalah bahasa yang paling banyak diserap. Coba kita perhatikan bahasa yang sekarang banyak kita gunakan, baik bahasa Indonesia maupun bahasa Inggris. Nyaris terdapat banyak kosa kata yang berasal dari bahasa arab. Bahkan bahasa ilmiah didunia sains pun tidak lepas dari pengaruh serapan kata dari bahasa arab. Dengan demikian sungguh sangat tidak lazim, kita sebagai umat muslim yang mengamalkan Al Qur’an, tidak pernah memakai bahasa arab yang seharusnya digunakan sebagai bahasa untuk memahami isi Al Qur’an. Dan Allah sendiri telah menjamin bahwa Al Qur’an tidak akan pernah lenyap hingga hari kiamat nanti. Wallahu a’lam bishshawab.

Dikutip dari Facebook Al-Mujaddid Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY)