al permulaan tahun baru yang lalu, kita menerima banyak berita. Ada yang baik, ada yang tidak. Banyak isu kita boleh terima dan diamkan dan settlekan secara aman. Tetapi ada jugak isu yang tidak boleh..
Tetapi isu yang paling hangat sekarang adalah isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Herald Catholic.
Ada bermacam-macam kontroversi dikaitkan dengan isu nie sampailah ada gereja yang dibakar dan dilempar bom. Bagi sesetengah orang, isu ini sengaja dibangkitkan dengan harapan untuk mencetuskan huru-hara dan ketengan dalam negara kita yang aman damai ini.
Tetapi, apa sebenarnye yang berlaku disebalik isu ini?
sebenarnya kalau nak di ikutkan, kalimah Allah itu sudah lama tercetak dalam kitab Bible(sengaja x sebut sebagai injil) orang kristian dan diguna pakai di kawasan sabah dan sarawak. Selama itu juga tidak timbul sebarang isu berkenaan kalimah tersebut. Tetapi kenape baru sekarang menjadi isu? (jeng jeng jeng...)
Sebenarnye bukan ini yang menjadi isu, yang menjadikan isu adalah penggunaan kalimah "Allah" oleh akhbar Herald Catholic isuBerbahasa Melayu. Penggunaan kalimah "Allah" oleh penganut kristian bukanlah suatu isu dan memang tidak melanggar perlembagaan negara.
Bayangkanlah, suatu hari, ketika anda sedang duduk-duduk di rumah. Tiba2 anak anda pulang dan bertanyakan kepada anda.
"ayah/ibu, kenapa kita tidak menganut agama kristian? bukankah kta menyembah Allah yang sama? kalau kita menganut agama kristian, andaikata agama islam ini sebenarnya palsu, maka kita terselamat, dan kalau agama kristian yang sebenarnya palsu, maka kita masih terselamat kerana masih menyembah Allah."
Apa agaknye nak di jawab yer?
x perlu jawab kepada saya atau kepada orang lain, sediakan jawapan untuk generasi masa depan dan tatkala kita di soal di padang mashyar nanti..
Bagi yang pernah membaca Bible yang berbahasa Melayu atauIndonesia, pasti faham kenape perkataan Allah itu x patut dibenar di cetak di atas akhbar Herald Catholic. Sebagai contoh, saya paparkan di bawah serangkap ayat dari bible yang berbahasa Indonesia untuk menunjukkan bagaimana mereka menggunakan Kalimah Allah itu....:
“Adapun raja Salomo mencintai banyak perempuan asing. Di samping anak Firaun ia mencintai perempuan-perempuan Moab, Amon, Edom, Sidon dan Het, padahal tentang bangsa-bangsa itu TUHAN telah berfirman kepada orang Israel: “Janganlah kamu bergaul dengan mereka dan mereka pun janganlah bergaul dengan kamu, sebab sesungguhnya mereka akan mencondongkan hatimu kepada allah-allah mereka.” Hati Salomo telah terpaut kepada mereka dengan cinta” (1 Raj. 11:1-2).
"Mereka membakar kemenyan kepada allah-allah bangsa-bangsa yang telah disingkirkan TUHAN dari negeri yang diduduki mereka. Jadi, umat Israel telah melakukan banyak perbuatan jahat, sehingga TUHAN menjadi sangat marah. " - Raja-raja 17:11
(huih.. da la di jadikan kata nama am, di hilangkan ke-esa-an Allah plak tuh.. gempaklah sape yang sokong bermati-matian diguna pakai oleh gereja kalimah ni.. semoga berjaya menempuhi siratul Mustaqim)...
Kita diberi dua telinga, dan dua mata dengan satu mulut, jadi, banyakkan membaca dan mendengar serta kurangkan bercakap.