Jumat, 23 September 2011

Menjejak Rasullullah S.A.W dalam Bible

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya aku diberi petunjuk oleh Allah s.w.t tentang ramalan yang dibuat oleh Nabi-nabi sebelum Rasullullah S.A.W. Rahsia-rahsia ramalan tersebut masih ada terdapat dalam kitab perjanjian lama(old testament) dan perjanjian baru(new testament) Injil Orang Kristian. Namun IA memerlukan minda untuk berfikir secara mendalam untuk mentafsirkannya. Mungkin kita pernah mendengar, orang2 gereja kristian telah memadam dan menghapuskan nama2 Muhammad S.A.W dalam bible mereka. Namun seperti firman Allah dalam surah At-Thaaariq ayat 15-17 :

"Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya. Dan Aku pun membuat perancangan pula dengan sebenar-benarnya.Maka berilah tangguh orang-orang kafir itu, iaitu berilah tangguh kepada mereka barang sebentar"


dan Surah Al-Anfal ayat 30:
Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.


tanpa membuang masa, marilah kita melihat ramalan tersebut satu persatu....


1- Nabi yang bukan berasal dari Bani Israel
Ulangan 18:18
"seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka dari antara saudara mereka, seperti engkau ini; Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadanya."

Rasullullah s.a.w adalah berasal dari keturunan Nabi Ismail. Nabi Ismail adalah saudara kepada Nabi Ishak, atau lebih tepat lagi, merupakan abang tiri kepada Nabi Ishak melalui perkongsian hidup Nabi Ibrahim dan Siti Hajar. Manakala, Nabi Ishak merupakan Ayah kepada Nabi Yakub yang akhirnya disebut Israel yang bermaksud "yang berjalan di Malam Hari". 

2-Nabi Yang berjaya Menegakkan Syariat Agama Di Tanah Arab
Habakuk 3:3
"Allah datang dari negeri Teman dan Yang Maha kudus dari pegunungan Paran. Sela. Keagungan-Nya menutupi segenap langit, dan bumi pun penuh dengan pujian kepada-Nya."

Umum mengetahui bahawa agama islam sentiasa mensyariatkan zikir dan memuji-muji Tuhan Yang Maha Esa. 

3- Nabi yang tidak boleh Membaca
Yesaya 29:12
" dan apabila kitab itu diberikan kepada seorang yang tidak dapat membaca dengan mengatakan: "Baiklah baca ini," maka ia akan menjawab: "Aku tidak dapat membaca." 

Umat Islam telah kerap kali mendengar tentang bagaimana wahyu pertama diturunkan kepada Muhammad s.a.w. Hadis riwayat Aisha r.a : 
"ketika Baginda sedang berada di gua Hira’. Malaikat (Jibril as.) datang dan berkata: Bacalah. Beliau menjawab: Aku tidak dapat membaca. Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda: Malaikat itu menarik dan mendekapku, hingga aku merasa kepayahan. Lalu ia melepaskanku seraya berkata: Bacalah. Aku menjawab: Aku tidak dapat membaca. Dia menarik dan mendekapku lagi, hingga aku merasa kepayahan. Kemudian ia melepaskan sambil berkata: Bacalah. Aku menjawab: Aku tidak dapat membaca. Dan untuk yang ketiga kalinya ia menarik dan mendekapku sehingga aku merasa kepayahan, lalu ia melepaskanku dan berkata: Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Menciptakan." 

4- Nabi yang boleh berperang, yang mempunyai keturunan dan lama ditunggu-tunggu oleh kaum yang tertindas. 
yesaya 41:1-4

"Dengarkanlah Aku dengan berdiam diri, hai pulau-pulau, hendaklah bangsa-bangsa mendapat kekuatan baru! Biarlah mereka datang mendekat, kemudian berbicara; baiklah kita tampil bersama-sama untuk berperkara!"

" siapakah yang menggerakkan dia dari timur, menggerakkan dia yang mendapat kemenangan di satiap langkahnya, yang menaklukkan bangsa-bangsa ke depannya dan menurunkan raja-raja? Pedangnya membuat mereka seperti debu dan panahnya membuat mereka seperti jerami yang tertiup."

"Ia mengejar mereka dan dengan selamat ia melalui jalan yang belum pernah diinjak kakinya."

" Siapakah yang melakukan dan mengerjakan semuanya itu? dia yang dari dahulu memanggil bangkit keturunan-keturunan, Aku, Tuhan, yang terdahulu dan bagi mereka yang terkemudian Aku tetap Dia juga."



Keseluruhan ayat di atas menerangkan bahawasanya, bangsa-bangsa bukannya bangsa Israel semata-mata mendapat kekuatan baru. Dan umum mengetahui bahawasanya Nabi Muhammad S.A.w telah beberapa kali terlibat dalam peperangan semasa menaikkan syiar ISlam di bumi Arab dan mendapat kemengan yang besar. Ayat "baiklah kita tampil bersama-sama untuk berperkara" seolah olah merujuk kepada kaum Muhajirin dan Kaum Ansar yang telah lama bersengketa akhirnya bersatu. 


5-Nabi yang menegakkan hukum kepada bangsa-bangsa lain dan tidak pernah berteriak dengan suara nyaring.
Yesaya 42 :1-4
"Lihat, Itu Hamba-ku yang kupegang, orang pilihan ku, yang kepadanya aku berkenan. Aku telah menaruh roh-ku ke atasnya, suapaya ia menyatakan Hukum kepada bangsa-bangsa."
"Ia tidak akan berteriak atau menyaringkan suara atau memperdengarkan suaranya di jalan."
"Buluh yang patah terkulai tidak akan diputuskannya, dansumbu yang pudar tidak akan dipadamkannya, tetapi dengan setia ia akan menyatakan hukum."
"ia sendiri tidak akan menjadi pudar dan tidak akan patah terulai, sampai ia menegakkan hukum di bumi, segala pulau mengharapkan pengajarannnya."


Ayat diatas menerangkan bahawa Tuhan telah meWahyukan kepada nabi pilihan-Nya hukum-hukum yang perlu disampaikan kepada umat-Nya. Ianya amat kena sekali pada peribadi rasullullah s.a.w. Baginda sendirian telah menetapkan hukum-hukum islam. Jika difikirkan secara logik, tidak mungkin seorang biasa dapat memikirkan begitu banyak hukum-hukum untuk di sampaikan kepada pengikutnya, melainkan dengan bantuan kuasa luar. Dan walaupun semasa berdakwah, Baginda mendapat tentangan yang kuat dari kaumnya sendiri, baginda tetap meneruskan dakwah baginda seperti yang tertulis pada rangkap yang kedua. 



6- Nabi yang membawa Damai
Yeremiah 28:9 
"Tetapi mengenai seorang nabi yang bernubuat tentang damai sejahtera, jika nubuat nabi itu digenapi, maka berulah ketahuan, bahawa nabi itu benar-benar diutus oleh tuhan."

7- Nabi yang bukan berasal dari Keturunan Israel
Kejadian 49:10
"Tongkat kerajaan tidak akan berganjak dari Yehuda ataupun lambang pemerintahan dari kakinya, sampai dia datang, yang berhak atasnya, maka kepadanyaakan takluk bangsa-bangsa"


Telah diketahui bahawa yehuda adalah salah satu cabang Bani Israel. Raja Daud dan Raja Sulaiman adalah dari suku Yehuda, Nabi Isa a.s yang telah disalah anggap sebagai anak Tuhan dan juga Raja kepada segala Raja di katakan berasal dari keturunan Daud, yang bermakna juga adalah keturunan Yahuda( Matius 1: 1). Namun, nubuat Nabi Yakud dalam ayat diatas menyatakan bahawa tongkat raja akan beralih dari keturunan Yahuda. 

Matius 21:42-43
"kata Yesus kepada mereka"belum pernahkah kamu baca dalam kitab suci:batu yang dibuang oleh tukang-tukang bangunan telah menjadi batu penjuru: hal itu terjadidari pihak Tuhan, suatu yang ajaib di mata kita."
"Sebab itu, Aku berkata kepadamu,bahwa kerajaan Allah akan diambil dari padamu dan akan diberikan kepada suatu bangsa yang akan menghasilkan buah Kerajaan itu"


Batu yang dibuang oleh tukang-tukang bangunan boleh juga ditafsirkan sebagai Nabi Ismail yang dibuang oleh Nabi Ibrahim menurut kejadian 21:10. Dan telah terjadi bahawa seorang Nabi di angkat dari bani Ismail dan islam telah menjadi Kerajaan besar suatu ketika dulu.

8- Nabi Penghibur 
Yohanes 16:7 
"Namun benar yang Kukatakan ini kepadamu: Adalah lebih berguna bagi kamu, jika Aku pergi. Sebab jikalau Aku tidak pergi, Penghibur itu tidak akan datang kepadamu, tetapi jikalau Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepadamu."

Disini dinyatakan bahawa yesus akan pergi dan bukannya pulang atau mati. Maksudnya, Yesus tidak mati. Dan jika yesus tidak pergi maka "penghibur" tidak dapat datang. Bukankah dalam Al-quran kita telah kerap kali terbaca ayat "katakanlah" dan "dan khabarkanlah/sampaikanlah berita gembira"..



wallahualam...