Jumat, 02 Maret 2012

Penemuan Manusia Raksasa Kaum 'Ad Umat Nabi Hud AS


Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration. 

Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya. 

Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut. 

Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?
a




















Penemuan Arkeologi di Kota Iram

Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan "Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui", "Kota Legenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis di Padang Pasir." Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum 'Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.
Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini "Eudaimon Arabia". Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai "Al-Yaman As-Sa'idah" 20.
Semua nama tersebut bermaksud "Arabia yang Beruntung ", kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?
Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan "frankincense" sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.
Thomas memaparkan tentang suku-suku yang "beruntung" ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan "Ubar". Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.
Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan  yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.
Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.
Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.
Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai "Ubar, Atlantis di Padang Pasir".
Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran?
Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum 'Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran . Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar 'Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran:
Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8)

PEMBACA ONLINE





Simbol Singa Dan Kaitannya Dengan Yahudi

Lion Of Judah

Singa adalah raja rimba dan raja di darat. Singa sangat sinonim bagi kekuatan, kegagahan dan kepimpinan. Pelbagai organisasi sering menggunakan singa sebagai jata mereka. Namun, tahukah pembaca tentang asal usul simbol singa ini?

Jikalau ada di kalangan pembaca masih belum tahu, maka di sini penulis ingin pembaca tahu serta faham asal usul simbol singa ini.

Asal Usul

Dikisahkan bahawa simbol singa yang kebanyakkan organisasi gunakan pada hari ini adalah berasal daripada salah satu simbol suku kaum Bani Israel iaitu suku Judah. Dalam bahasa Hebrew, ia dikenali dengan suku Yahuda.

12 suku Israel

Ia bermula apabila Prophet Jacob (Nabi Yaakub as) memuliakan anak keempatnya, iaitu Judah dengan gelaran Gur Aryeh yang bermaksud Singa Muda. Ia boleh dilihat dalam kitab Old Tastament, Genesis 49:9

You are a lion’s cub, O Judah; you return from the prey, my son. Like a lion he crouches and lies down, like a lioness–who dares to rouse him? 
(Genesis 49:9)

Judah adalah anak Jacob melalui isterinya Leah. Ini tertera dalam kitab Old Tastement, Genesis 35:23

The sons of Leah: Reuben the firstborn of Jacob, Simeon, Levi, Judah, Issachar and Zebulun.
(Genesis 35:23)

Melalui keturunan Judah, Bani Israel telah menguasai wilayah Palestin serta Kanaan dan seterusnya membentuk sebuah negara yang kuat yang dikenali dengan Kingdom of Judah. King Saul iaitu raja pertama Bani Israel adalah berasal daripada suku Judah. Kemudian, King Saul diganti pula King David (Nabi Daud as), juga berasal daripada suku Judah. Selepas wafatnya King David, King Solomon (Nabi Sulaiman as) telah menaiki takhta. King Solomon adalah anak kepada King David.

Bendera Kingdom of Judah pada ketika itu tertera lambang singa. Singa itulah Lion of Judah. Ia digunakan dengan meluas di seluruh wilayah yang dikuasai Bani Israel pada waktu itu.

Antara negara yang menggunakan simbol yang sama adalah Habsyah (sekarang dikenali Ethiopia). Diriwayatkan bahawa, anak kepada King Solomon hasil perkahwinannya dengan Ratu Sheba(Ratu Balqis) iaitu Menelik I telah berhijrah ke Habsyah dan membentuk sebuah negara di sana. Kini, negara Ethiopia telah menggantikan bendera lamanya yang menggunakan simbol Lion of Judah. Oleh itu, jika pembaca melihat bendera Ethiopia yang dulu, pembaca akan faham mengapa simbol singa diletakkan pada bendera negara ini.

Bendera Ethiopia

Pada masa ini, jata Juruselam yang telah dikuasai rejim Zionis terpampang kemas simbol Lion of Judah.

Jata Juruselam tertera Lion of Judah

Simbol Singa menjadi simbol keagamaan dan politik

Simbol juga mengalami zaman evolusi. Jika dahulu, ia digunakan oleh Kingdom of Judah, namun sekarang, simbol Lion of Judah digunakan oleh pelbagai pihak. Kelaziman yang berlaku adalah orang Yahudi sering menggunakannya bagi menunjukkan identiti bangsa mereka. Namun, ini tidak bermakna hanya bangsa Yahudi sahaja menggunakannya. Antara organisasi lain yang menggunakan secara meluas adalah Rastafari.

Rastafari

Rastafari sebenarnya adalah satu agama yang baru yang berasal dari Afrika. ‘Agama’ ini menggunakan simbol Lion of Judah yang dianggap mereka sebagai lambang pemimpin agung mereka, Haile Selassie I. Mengikut kepercayaan mereka, Haile Selassie I mempunyai jalur keturunan yang sampai kepada King David dan King Solomon. Ironinya, Haile Selassie I adalah penganut Kristian Katholik yang taat. Beliau juga menyangkal dakwaan golongan Rastafari yang mendakwa beliau adalah jelmaan semula Jesus Christ.


Haile Selassie I bersama seekor singa yang digelar Lion of Judah

Iran

Iran sebelum Revolusi Islam pernah menggunakan simbol Singa dan Matahari daripada tahun 1429 hinggalah 1979. Simbol Singa dan Matahari ini dipengaruhi oleh budaya Parsi, Arab, Turki, Mongol dan Yahudi. Ketika pemerintah Safavid daripada dinasti Qajar, simbol singa dan matahari ini lebih sinonim dengan ajaran Syiah. Mengikut kepercayaan mereka, simbol singa memberi maksud Imam Ali (Saidina Ali bin Abi Talib). Manakala simbol matahari di belakang singa memberi maksud King Jamshid iaitu seorang raja yang amat dihormati oleh masyarakat Parsi suatu ketika dahulu.

Bendera Iran lama

Simbol Jesus Christ

Penganut Kristian mempercayai bahawa simbol Lion of Judah adalah merujuk kepada Jesus Christ. Penganut Kristian berlandaskan satu petikan ayat di dalam kitab suci mereka, iaitu Bible melalui Book of Revelation 5:5

Then one of the elders said to me, “Do not weep! See, the Lion of the tribe of Judah, the Root of David, has triumphed. He is able to open the scroll and its seven seals 
(Book of Revelation 5:5)

Jesus Christ dipercayai mempunyai jalur keturunan daripada King David, raja agung Bani Israel satu ketika dahulu. King David adalah berketurunan suku Judah. Oleh sebab itu, sehingga kini, banyak negara Kristian dan organisasi yang berlandaskan Kristian menggunakan simbol singa secara meluas.

Antara negara yang menggunakan simbol singa adalah Scotland, England, Armenia, Estonia, Denmark, Belanda dan Finland.

Satu buku pada abad pertengahan yang popular di Eropah iaituMediaval Bestiary menghuraikan mengenai pelbagai jenis haiwan termasuk singa. Singa dalam buku tersebut menurut mereka mempunyai sifat ‘ketuhanan’ seperti sentiasa waspada dan tidak tidur. Sifat semulajadi Singa sentiasa membuka mata miskipun ia sedang tidur mirip sifat ketuhanan iaitu sentiasa berjaga-jaga dan tidak lalai.

Simbol singa juga menjadi simbol bagi seorang hawari Jesus Christ iaitu Mark the Evangelist. Tetapi simbol singa Mark the Evangelist berlainan dengan Lion of Judah kerana singa Mark mempunyai sayap.

Patung singa bersayap di Piazzetta,Venice mewakili Hawari Jesus Christ, Mark

Lions Club

Sebuah pertubuhan yang ditubuhkan oleh Malvin Jones di Amerika Syarikat pada 1917. Dipercayai Malvin Jones adalah seorang Freemason. Lions Club ditubuhkan untuk membuat amal dan mengutip derma. Pertubuhan ini telahpun tersebar ke seluruh dunia termasuklah Malaysia. Dicatatkan Lions Club telah bertapak di Malaysia sejak 1959 lagi. Beberapa individu terkenal di tanah air sering menghadiri majlis anjuran pertubuhan ini.

Lions Club International

Ramai mempercayai Lions Club adalah salah satu cabang Freemason untuk mengaburi mata masyarakat. Selain Lions Club, terdapat beberapa badan pertubuhan yang dikaitkan dengan Freemason iaitu Rosarians, the Rotary Club, Bilderberg Group, the Club of Rome, dan the Trilateral Commission. Freemason sepertimana sedia maklum adalah pertubuhan yang berakar umbi daripada Yahudi bermatlamat untuk membina kembali Kuil Haikal (Solomon’s Tample).

Kenapa pertubuhan ini dinamakan Lions Club? fikir-fikirkanlah.

Mengapa Rabbi yahudi, ahli Freemason dan Lions Club berada dalam satu majlis?

Penutup

Apa yang pembaca perlu sedar adalah setiap simbol yang berunsurkan singa mesti mempunyai kaitan rapat denga Yahudi dan Kristian. Sebaiknya, kita perlu berhati-hati apa yang berlaku di sekeliling kita. Jadilah orang yang sentiasa mahu tahu dan ambil tahu. Umat Islam sentiasa ditipu dengan dakyah-dakyah karut golongan Yahudi dan Nasrani. Mereka sebenarnya banyak mempengaruhi kita dalam setiap perlakuan harian. Jika anda menonton filem Hollywood misalnya, anda mesti akan sedar gambar di bawah ini bukan? Seekor singa mengaum. Tahukah anda siapakah di sebalik singa mengaum ini? Mereka adalah pemilik Metro Goldwyn-Mayer iaitu Samuel Goldwyn dan Louis B. Mayer. Mereka berdua adalah berketurunan Yahudi-Amerika.

Petikan montaj produksi MGM






Alexa Certified Traffic Ranking for http://zharifalimin.blogspot.com/

Flag Counter

Free counters!