Kamis, 01 Desember 2011

Adakah anda tahu makna 6 bulan 2 lahzah?




Assalamu ‘ala man ittaba’a al-huda
Bismillah: Adakah anda tahu makna 6 bulan 2 lahzah?

Banyak ulama bersalahan pendapat mengenai perkara ini. Ada yang mengatakannya dengan waktu bayi keluar dari perut dan semasa benih masuk kedalam rahim Ibu. Ada yang mengatakannya sebagai 6 bulan dan dua saat sahaja. Mana satukah pendapat yang betul?
Setiap anak yang lahir dari kandungan Ibu akan memakan masa biasa 9 bulan 9 hari selepas ayah dan ibunya bernikah. Ada juga yang kurang 6 bulan. Mana-mana anak yang kurang dari 6 bulan akan dikira anak haram, kecuali jika ia mengatakan bahawa anak yang dikandungnya itu adalah hasil daripada wati syubhah

Namun di mahkamah syariah, ia perlu bersumpah dan juga membuktikan dengan keterangan bahawa ia memang tidak senghaja melakukannya.

Mana-mana anak yang lahir lebih dari 6 bulan selepas nikah akan dikira anak yang sah bernasabkan ayahnya, melainkan jika ayahnya mengatakan dengan secara bersumpah li'an bahawa anak itu bukan anaknya yang sah, atau ayahnya mengaku bahawa anak itu adalah anak yang lahir dari perbuatannya yang berdosa.
Mana-mana orang yang menyembunyikan rahsia, tidak memberitahu mana-mana orang bahawa anaknya itu adalah anak luar nikah, maka ia boleh menasabkan anaknya itu kepada ayahnya mengikut hukum syara’.
Apa itu wati syubhah?
Wati syubhah bermaksud, jimak yang terlanjur secara tidak senghaja di antara lelaki dan perempuan yang tidak bernikah.
Dalam hukum syara' apabila seseorang itu menyembunyikan rahsia mengenai anaknya. Maka rahsia mereka tidak boleh dibongkar lagi apabila anak mereka lahir sesudah mencapai usia 6 bulan dalam kandungan setelah bernikah. Perkara ini disepakati ulama dan telah dibuktikan melalui teori dan praktikal doktor sakit puan ketika ini.
Terdapat satu kes di Mahkamah Rayuan Syariah Bandar Seri Begawan, seorang wanita hamil dua bulan dan di dakwa melakukan persetubuhan haram, tetapi telah terlepas dari dakwaan dengan hanya menyatakan ia telah di aniaya oleh majikannya.
Kiraan 6 Bulan Qamariah
Apabila seorang anak itu telah mencapai umur 6 bulan dalam kandungan, setelah ayah dan ibunya bernikah, maka anak itu akan dikira anak yang sah tanpa perlu diselidiki lagi. Namun sebahgian ulama ada yang mengatakan ia perlu mencapai 180 hari kerana setiap bulan ada 30 hari. Sebahagian lagi mengatakan ianya boleh sehingga 177 dan 175 hari kerana 6 bulan Qamariah itu separuh daripadanya hanya 29 hari.
Tafsiran Sebenar Makna 6 Bulan 2 Lahzah
Tafsiran sebenar bagi 6 bulan 2 lahzah sebenarnya perlu merujuk kepada tujuan 2 lahzah itu di katakan. Tujuannya ialah: bagi mengelakkan mana-mana orang yang mendakwa bahawa ia telah mengandung 6 bulan, tetapi sebenarnya ia baru mengandung 5 bulan 1/2 . Sama seperti bila di tanya pada seseorang berapa hari kamu pergi ke suatu tempat. katanya 6 hari. Tetapi jika dikira ia sebenarnya hanya berada di tempat itu antara 4 hari hingga kepada 5 hari lebih kurang. Kerana ia berada di sana pada waktu petang pada hari pertama dan balik pada waktu pagi pada hari ke 6 nya. Untuk mengelakkan orang mengambil kesempatan pada kiraan lebih kurang 6 bulan ini. Imam Syafiee telah menetapkan kiraan 6 bulan lebih 2 saat. bagi mencukupkan kiraan tepat-tepat sempurna 6 bulan Qamariah.
Cara Mengira 6 Bulan Qamariah
Cara mengira 6 bulan lebih 2 saat ini, ialah dengan melihat kalendar bulan-bulan Islam. Mula-mula. lihat pada hari pertama ia nikah dan jam berapa ia masuk bilik. katakan 10 malam. Kemudian 6 bulan yang dikira pada hari ia melahirkan anak bermula pada tarikh hari ia bernikah itu. Misalnya pada hari ini 10 Jamadil Awal 1432 Hijrah. Maka 6 bulan Qamariah selepas hari ini ialah pada 10 bulan Zul Qaedah, jam 10 malam. Jika anak lahir sebelum saat tersebut, maka anak tidak boleh dikira anak yang sah nasabnya mengikut imam Syafie.
Adakah setiap anak yang lahir kurang 6 bulan itu perlu ditolak nasabnya daripada ayahnya?
Namun saat ini, telah banyak kita melihat kes-kes beranak yang lebih awal dari tempoh 6 bulan. Pengesahan terdapatnya anak yang lahir kurang dari 6 bulan Qamariah ini tidak boleh dinafikan lagi kerana telah banyak tersiar di internet dan di dada akhbar. Oleh itu pendapat Imam Syafi'ie yang tidak banyak di fahami oleh majority ulama-ulama itupun sebenarnya tidak begitu tepat lagi. Bahkan apabila ada kes yang mengatakan ada anak yang lahir sebelum 6 bulan dari tarikh nikah ibu bapanya, maka sebaiknya pengesahan daripada doktor diperlukan. Samada anak dalam kandungan itu wujud atau tidak sebelum ibu bapanya bernikah. Jika keterangan mereka disahkan oleh doktor, maka betullah anak mereka itu anak yang sah nasabnya kepada ayahnya. Tetapi jika laporan doktor mengatakan bahawa anak itu sudah wujud sebelum nikah, dan ibu bapanya mendakwa anak itu anak yang tidak cukup bulan, dan memohon pengesahan nasab anak mereka, maka sahlah juga bahawa mereka berbohong. Melainkan mereka mendakwa wati subhah daripada awal kes lagi.



249,336 orang menyukai Muslim Menjawab