Senin, 30 Mei 2011

MENITI TITIAN KEBENARAN SEBENAR


Setiap aliran di dunia Islam menyatakan kebenaran berada di tangan mereka. Syiah tidak ketinggalan menyebut frasa yang sama. 

Mereka sering beranggapan, ahlu sunnah kering hujah dan tiada jawapan kepada persoalan mereka. Mereka yakin kebenaran di tangan mereka, lihatlah buku-buku karangan mereka,penuh dengan perkataan yang dihiasi dengan frasa kebenaran

Sedangkan hanya  kerana sesuatu aliran menyebut kebenaran dimilik mereka, belum tentu kebenaran itu kebenaran yang sebenar.

Mereka sangka dengan kehadiran banyak blog dan tulisan mereka, maka mereka boleh memadamkan kebenaran.

Sedangkan cahaya kebenaran, tidak akan dapat dipadamkan sekali-sekali dengan kebatilan.

يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ (8)

Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya." (al-Shaf 61:8)

Syiah tidak konsisten dalam berhujah. Setiap kritikan mereka kepada ahlu sunnah sebenarnya mudah saja diterbalikkan kepada mereka.

Mereka mengkritik para sahabah nabi atas nama keadilan, namun mereka mendiamkan kesalahan Ali r.a? Apakah ini satu keadilan atau sebenarnya kritikan untuk menjatuhkan?

Mereka mengumpulkan puluhan ijtihad para sahabah yang kononnya bercanggah dengan al-Quran tapi dalam masa yang sama mereka mendiamkan al-Quran pegangan umat Islam kini yang merupakan ijitihad Uthman r.a. . Ijtihad ini diakui oleh semua sahabah termasuk Ali r.a Apakah mereka mengkritik sahabah atau mengkritik al-Quran sebenarnya?

Mereka katakan sumber rujukan agama wajib datang dari orang-orang yang maksum tapi dalam masa yang sama mereka sanggup menerima pandangan wakil-wakil imam, atau Ayatollah mereka yang tidak maksum. 

Mereka menganggap para sahabah termasuk orang kafir dan munafik walhal ahlu sunnah berkali-kali menyatakan istilah sahabah mengecualikan mereka, tapi mereka menolaknya padahal mereka sendiri mengkhususkan perkataan ‘ahlu al-bait’ dan mengeluarkan isteri-isteri nabi.

Mereka mentertawakan hadith-hadith sahih disisi sunnah kononnya dengan alasan tidak logik, tapi mereka boleh menerima ‘logiknya’ imam al-Mahdi dighaibkan pada tahun 260H pada usia 5 tahun. 

Banyak lagi yang boleh disebutkan akan kelemahan methodologi mereka. Singkaplah blog ini demi mengetahui hakikat kebenaran sebenar.  InsyaAllah, marilah kita sama-sama meniti titian kebenaran sebenar.