Senin, 30 Mei 2011

Penamaan Anak-Anak Ali r.a Dengan Nama Abu Bakar, Umar dan Uthman ra

Musuh-musuh Islam sentiasa menusukkan jarum mereka terhadap hubungan kasih sayang antara sahabah. Antara keinginan mereka ialah mewujudkan permusuhan antara para sahabah dengan tujuan menjatuhkan kredibiliti mereka.


Tidak dinafikan kadangkala berlaku perselisihan dan salah faham dikalangan sahabah, namun tidak 'adil untuk kita menjadikannya sebagai motif untuk menjatuhkan sahaba. Hubungan Ali r.a  dan Abu Bakar r.a dijadikan isu yang besar, bahkan digambarkan mereka saling membenci satu sama lain.
Hakikatnya ini tidaklah benar.  Para sahabah saling berkasih sayang hinggakan mereka saling menamakan anak-anak mereka sempena dengan nama-nama para sahabah yang mulia.

Golongan syiah begitu lantang membawa hujah mengatakan Ali  r.a sangat membenci Abu Bakar r.a. 

Persoalannya, jika Ali r.a sangat membenci Abu Bakar r.a, maka kenapa beliau redha anaknya dipanggil dengan gelaran Abu Bakar?

Golongan syiah menolak fakta ini walaupun ulama’ mereka sendiri mengakuinya. Ini disebutkan sendiri dalam kitab-kitab syiah

Dalam kitab Al Irsyad Syaikh Mufid hal 354 menyebutkan nama anak-anak Imam Ali dan pada bahagian anak Laila binti Mas’ud disebutkan

ومحمّدُ الأصغر المكًنّى أبا بكرٍ وعًبَيْدُاللهِ الشّهيدانِ معَ أخيهما الحسينِ عليهِ السّلامُ بالطّفِّ ، أُمُّهما ليلى بنتُ مسعود الدّارميّةُ


Muhammad Al Asghar dengan kunniyah Abu Bakar dan Ubaidillah yang syahid bersama saudaranya Al Husain Alaihissalam, Ibu mereka adalah Laila binti Mas’ud Ad Darimiyah.

Syaikh Muhammad Mahdi Syamsuddin dalam Kitabnya Ansharu Husain hal 135 memasukkan nama Abu Bakar bin Ali bin Abi Thalib sebagai salah satu dari mereka yang syahid di Karbala, beliau berkata

قال الاصفهاني : لم يعرف إسمه ( في الخوارزمي : إسمه عبد الله ) . أمه : ليلى بنت مسعود بن خالد بن مالك


Al Asfahani berkata “tidak diketahui namanya” (Al Khawarizmi berkata : namanya Abdullah). Ibunya adalah Laila binti Mas’ud bin Khalid bin Malik.

Sayyid Jawad Syubbar dalam kitabnya Adab Al Thaff 1/57 berkata


ابو بكر بن علي بن أبي طالب واسمه محمد الأصغر أو عبد الله وأمه ليلى بنت مسعود بن خالد


Abu Bakar bin Ali bin Abi Thalib, namanya Muhammad Al Asghar atau Abdullah dan Ibunya adalah Laila binti Mas’ud bin Khalid.

Nukilan-nukilan kitab syiah ini tidak bernilai disisi ahlu sunnah.  Ahlu sunnah tidak berhujah dengan kitab-kitab ini.  Ia hanya dinukil untuk membuka mata golongan syiah untuk berfikir dengan matang. 

Cuba fikir sejenak…

Apakah Ali redha anaknya dipanggil dengan nama musuhnya?

Syiah membidas kenyataan di atas dengan mengatakan

a) Itu adalah kunniyah (gelaran) saja dan bukannya nama betul

b) Terdapat beberapa sahabah diberi nama gelaran Abu Bakar. Dalam Kitab Al Ishabah Ibnu Hajar 4/26 no 4570 disebutkan salah seorang sahabat Nabi yang bernama Abdullah bin Abu Bakar bin Rabi’ah, di kitab Al Ishabah 4/90 no 4685 disebutkan bahwa Abdullah bin Zubair salah seorang sahabat Nabi juga memiliki kunniyah Abu Bakar dan dalam Al Ishabah 7/44 no 9625 terdapat salah seorang sahabat yang dipanggil dengan Abu Bakar Al Laitsiy yang nama aslinya adalah Syadad bin Al Aswad.

Jawapan kepada bidasan syiah 

Biarpun nama tersebut gelaran dan pernah digunakan oleh sahabah lain, itu tidak menghalang anaknya sendiri menggunakan gelaran tersebut.

Bahkan jika Ali r.a sangat membenci Abu Bakar r.a , dia tidak akan benarkan orang memanggil anaknya Abu Bakar sama sekali bahkan dia akan menukar nama gelaran tersebut dengan nama gelaran yang lain.
 

Cuba fikir sejenak, apakah kita sanggup benarkan orang memanggil anak kita George Bush? Walaupun ada ribuan manusia bernama George Bush, apakah kita akan redha dengan panggilan tersebut?

Mungkin ada yang kata Ali r.a tidak mampu menghalang kehendak orang ramai, jika  demikian kenapa tiada satu pun pernyataan Ali membantah gelaran tersebut?

Kemudian apakah bukti ia gelaran yang diberi orang ramai? Boleh saja ia gelaran yang diberi sendiri oleh Ali r..

Ali r.a redha anaknya dinamakan Umar r.a sendiri

Sumber-sejarah mencatatkan Umar r.a sendiri menamakan anak Ali r.a.

Al Baladzuri menyebut dalam Ansab Al Asyraf hal 192

وكان عمر بن الخطاب سمى عمر بن علي باسمه ووهب له غلاما سمي مورقا


Umar bin Khattab menamakan Umar bin Ali dengan namanya dan memberikan kepadanya budak yang bernama Mawraq.

Adz Dzahabi menyebutkan dalam As Siyar A’lam An Nubala 4/134 biografi Umar bin Ali bin Abi Thalib.

ومولده في أيام عمر فعمر سماه باسمه ونحله غلاما اسمه مورق

Beliau lahir pada masa khalifah Umar dan Umar menamakan dengan namanya, kemudian memberikan kepadanya budak yang bernama Mawraq

Bidasan syiah terhadap fakta ini

a) Umar yang menamakan anak tersebut dan bukannya Ali sendiri.

b) Dalam Al Ishabah Ibnu Hajar 4/588-597 didapatkan banyak sahabat yang bernama Umar. Lebih kurang 16 sahabah bernama Umar. Maka Umar adalah nama umum dalam bahasa arab. 

c) Ali redha kerana nama Umar disini bukan merujuk Umar al-Khattab tapi merujuk kepada Umar bin Abi Salamah anak tiri Nabi dan salah seorang sahabat yang setia kepada Imam Ali.
Jawapan kepada bidasan syiah

Tindakan Ali membenarkan Umar menamakan anaknya atas namanya sendiri menunjukkan mereka tidak bermusuhan.

Ini menjawab hujah (c) dimana ia memang khas merujuk kepada dirinya dan bukan Umar bin Abi Salamah.

Sekali lagi, apakah kita redha untuk membenarkan musuh kita menamakan anak kandung kita sendiri?

Biarpun nama itu umum, tindakan Umar diredhai oleh Ali dan biasanya kita membiarkan orang kita kagumi dan sayang menamakan anak kita.

Persoalannya, apakah syiah kini sanggup menamakan anak mereka Umar apabila Ali sendiri redha kepadanya?

Sekiranya Ali r.a tidak redha, dia boleh saja menukar nama tersebut. Bahkan ketika wafatnya Umar r.a, Ali sendiri mendoakan kerahmatan beliau.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ إِنِّي لَوَاقِفٌ فِي قَوْمٍ فَدَعَوْا اللَّهَ لِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ وَقَدْ وُضِعَ عَلَى سَرِيرِهِ إِذَا رَجُلٌ مِنْ خَلْفِي قَدْ وَضَعَ مِرْفَقَهُ عَلَى مَنْكِبِي يَقُولُ رَحِمَكَ اللَّهُ إِنْ كُنْتُ لَأَرْجُو أَنْ يَجْعَلَكَ اللَّهُ مَعَ صَاحِبَيْكَ لِأَنِّي كَثِيرًا مَا كُنْتُ أَسْمَعُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ كُنْتُ وَأَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ وَفَعَلْتُ وَأَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ وَانْطَلَقْتُ وَأَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ فَإِنْ كُنْتُ لَأَرْجُو أَنْ يَجْعَلَكَ اللَّهُ مَعَهُمَا فَالْتَفَتُّ فَإِذَا هُوَ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ

Terjemahan: dari Ibnu 'Abbas radliallahu 'anhuma berkata; "Ketika aku berada di tengah-tengah kaum (Muslimin), ternyata mereka sedang mendo'akan 'Umar bin Al Kthaththab, saat jasadnya sudah diletakkan di atas tempat tidurnya, tiba-tiba ada seorang laki-laki dari belakangku yang meletakkan siku lengannya pada bahuku seraya berkata; "Semoga Allah merahmatimu. Sungguh aku berharap Allah akan menjadikan kamu bersama kedua shahabatmu (Abu Bakar dan Umar) dikarenakan aku sering mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Aku bersama Abu Bakr dan 'Umar. Aku, Abu Bakr dan 'Umar mengerjakan sesuatu dan Aku, Abu Bakr dan 'Umar berangkat (bepergian) ". Maka, sungguh aku berharap Allah menjadikan kamu bersama keduanya (di pemakaman). Kemudian aku menoleh, ternyata orang itu adalah 'Ali bin Abu Thalib ".

Rujukan: al-Bukhari, Kitab : Perilaku budi pekerti yang terpuji, Bab : Sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam "Sekiranya aku boleh mengambil kekasih…”No. Hadist : 3401

Juga tidak ketinggalan Ali menamakan anaknya sebagai Uthman

Syaikh Sulaiman bin Shalih Al Khurasy mengatakan dalam As’ilat Qadat Syabab Asy Syiah Ila Al Haq hal 4.

عباس بن علي بن أبي طالب، عبدالله بن علي بن أبي طالب، جعفر بن علي ابن أبي طالب، عثمان بن علي بن أبي طالب أمهم هي: أم البنين بنت حزام بن دارم

Terjemahan: Abbas bin Ali bin Abi Thalib, Abdullah bin Ali bin Abi Thalib, Ja’far bin Ali bin Abi Thalib, Utsman bin Ali bin Abi Thalib. Ibu mereka adalah Ummul Banin binti Hizam bin Darim.

Ali menamakan nama ini atas nama saudaranya Uthman bin Maz'un.

Hal ini disebutkan dalam Maqatil Ath Thalibiyyin hal 55 ketika menerangkan tentang Utsman bin Ali bin Abi Thalib.
روى عن علي أنه قال . إنما سميته باسم أخي عثمان ابن مظعون

Diriwayatkan dari Ali yang berkata “Sesungguhnya aku menamakannya dengan nama saudaraku Utsman bin Mazh’un”.

Bidasan syiah terhadap fakta ini

Jika kita baca dalam web-web syiah, mereka membidas penamaan ini dengan mengatakan

a) Nama tersebut tidak merujuk kepada Uthman al-Affan tapi Uthman bin Maz'un

b) Terdapat lebih 20 orang sahabat yang bernama Utsman seperti yang tertera dalam Al Ishabah 4/447 no 5436 sampai 4/463 no 5461 bahkan nama ayah Abu Bakar juga Uthman

Jawapan kepada bidasan syiah

Tidak dinafikan nama tersebut mungkin merujuk khas kepada Uthman bin Maz'un. Namun itu juga secara tidak langsung menunjukkan Ali tidak membenci Uthman bin Affan. Ini kerana secara logiknya, seseorang akan cuba mengelakkan menamakan anak dia kepada orang yang dia benci walaupun niatnya mungkin merujuk kepada orang yang dia sayang. Jika diberi pilihan yang banyak, dia tidak akan mengambil satu nama yang boleh menimbulkan kontroversi. 

Mungkin ada yang kata seseorang itu tidak dibenci kerana namanya. Tapi dalam kes ini tidak demikian, apabila kita membenci seseorang, kita akan mengelakkan menggunakan namanya.Bahkan dalam riwayat sejarah membuktikan Ali r.a sendiri menghantar anak-anaknya untuk mempertahankan Uthman pada hari terbunuhnya beliau. Secara logiknya, jika dia membenci Uthman r.a, maka mengapa perlu mempertahankan beliau?

InsyaAllah, dalam thread akan datang, akan dibawakan sumber-sumber ahlul bait sendiri begitu giat menamakan anak keturunan mereka dengan nama-nama khulafa’ ar-Rasyidin.