السلام عليكم
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد
Salah satu ajaran yg hilang dari chrisitan itu ialah SYAHADAT.
Ramai sangat ummat christian tak mengamalkan SYAHADAT.
Padahal ini diajarkan dalam alkitab yg ditangan mereka. Saya tak asal cakap sahaja, semua kena ada bukti, dan bukti terkuat ialah kitab.
Yohanes 17:3 Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, SATU-SATUNYA ALLAH YANG BENAR, dan mengenal YESUS KRISTUS YANG ENGKAU UTUS.
Ayat ini, yg saya bagi dalam huruf besar, coba diubah dalam bahasa arab:
LAA ILAAHA ILLALLAH – ISA RASULULLAH
TIDAK ADA TUHAN SELAIN ALLAH – ISA UTUSAN ALLAH
Apakah ayat ini bermakna Tuhan itu 3 tapi 1???
Tidak! Ayat ini bermakna SATU-SATUNYA TUHAN ITU CUMA ALLAH.
Tak jauh beda dengan Syahadat Ummat Islam.
LAA ILAAHA ILLALLAH – MUHAMMAD RASULULLAH
TIDAK ADA TUHAN SELAIN ALLAH – MUHAMMAD UTUSAN ALLAH
Mari sekejap kita tengok lagi ayat diatas:
Yohanes 17:3 Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, SATU-SATUNYA ALLAH YANG BENAR, dan mengenal YESUS KRISTUS YANG ENGKAU UTUS.
Apakah ayat ini bermakna Jesus mengaku dirinya Tuhan???
Tidak! Jesus sendiri mengaku jika dia cuma UTUSAN ALLAH sahaja.
Tak jauh beda dengan para Nabi terdahulu
Nabi Ibrahim AS pun Utusan ALLAH
Nabi Musa AS pun Utusan ALLAH
Nabi Isa AS pun Utusan ALLAH
Malaikat Gabriel, (Malaikat Jibril), pun Utusan ALLAH saja.
Saya tak asal bicara, semua ada buktinya:
Lukas 1:19 Jawab malaikat itu kepadanya: “Akulah Gabriel yang melayani Allah dan aku telah DIUTUSuntuk berbicara dengan engkau dan untuk menyampaikan kabar baik ini kepadamu.
Malaikat telah DIUTUS oleh ALLAH, apakah malaikat itu ALLAH? Tidak!
Jesus telah DIUTUS oleh ALLAH, apakah Jesus itu ALLAH? Tidak!
Tidak mungkin Aku mengutus Aku.
Dan Penyelamat pun bukan cuma Jesus sahaja, Nabi Musa pun Penyelamat, ini bukan sy yg cakap, tapi berdasar bukti.
Kisah 7:35 Musa ini, yang telah mereka tolak, dengan mengatakan: Siapakah yang mengangkat engkau menjadi pemimpin dan hakim? –MUSA INI JUGA TELAH DIUTUS OLEH ALLAH SEBAGAI PEMIMPIN DAN PENYELAMAT oleh malaikat, yang telah menampakkan diri kepadanya di semak duri itu.
Semua yg di utus oleh ALLAH, sudah pasti la bukan ALLAH.
Dalam Qur’an pun, Nabi Isa menyuruh ummatnya menyembah ALLAH sahaja, bukan menyembah dirinya.
Qs.3 Ali Imraan:51. Sesungguhnya Allah, Tuhanku dan Tuhanmu, karena itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus”.
Dan T E R B U K T I jika Nabi Isa pun sesungguhnya mengajarkan syahadat kepada ummatnya, tapi ajaran itu telah diubah oleh manusia dengan BAPTIS atas nama “Tuhan Bapa”, “Tuhan Anak”, & “Tuhan Roh Kudus.”
Jadi, ada baiknya ummat christiani bersyahadat:
Tidak ada Tuhan Selain ALLAH
Isa Rasulullah… ^_^
Jadi… 1 bukti lagi,,, ISLAM —-> TERBUKTI BENAR
——————
Lazimnya, kita beragama cuma ikut orang tua sahaja. Kita tak fikir apa agama itu benar atau salah.
Jika kita lahir di timur dari keluarga islam, maka kita islam.
Jika kita lahir di barat dari keluarga christian, maka kita christian.
Jika kita lahir di Himalaya dari keluarga budha, maka kita jadi bhisksu.
19 keyakinan, meski yakin sangat dengan seyakin-yakinnya, maka tetap lah tak bermakna ada 19 Tuhan, tetap Tuhan cuma SATU !
SATU Tuhan bmakna satu Agama yg sebenar, macam mana kita boleh tahu sebuah agama benar???
Jadi, dalam soalan ini kita TIDAK BICARA TENTANG KEYAKINAN, tapi kita paparkan BUKTI KEBENARAN.
Jika Islam Benar, apa buktinya?
Jika Christian Benar, apa buktinya?
Untok membuktikan sebuah agama benar, maka tak boleh ditengok dari kesalahan ummatnya, kerana ummat tetaplah manusia yg tak sempurna.
Jika di negeri muslim ramai orang miskin yg beragama Islam, maka itu tak bererti Islam buruk, kerana di Philipin yg miskin sangat agamanya ialah katholik.
Jika di negeri muslim ramai pesalah/penjahat di lokap/penjara yg beragama islam, maka tak bererti islam buruk, kerana di brazil, venezuela, mexico, argentina yg menjadi pesalah/napi di lokap ialah beragama christian atau katholik.
Pembuktian sebuah agama benar pun tak boleh ditengok dari pendapat orang, kerana lain orang lain fikiran, & ada ramai pendapat orang dimuka bumi ini yg satu sama lain berbeza.
Pembuktian sebuah agama benar kena dilihat dari kitabnya, jika memang kitab itu dari Tuhan, maka TAK BOLEH ada kesalahan sesikit apapun.
Mari kita sama buktikan 2 hal sahaja:
1. Bukti nyata Qur’an ialah mukjizat terbesar & sepanjang masa
2. Bukti nyata alkitab christian ramai kesalahan soalan ajaran & ayatnya
Ramai dalam Qur’an disebut Taurot & Injil yg kena kita imani, tapi Taurot & Injil itu sudah tak suci lagi, maknanya, ayat yg betul itu ramai, tapi yg salah pun ramai sangat, jumlahnya menjumpai RIBUAN KESALAHAN.
Dan, ramai pulak ajaran dalam alkitab christian yg tak diketahui, disembunyikan, tak dilaksanakan, diingkari & bahkan diejek pulak oleh ummat christian sendiri.
————————-
Mintalah ampun pada ALLAH, ALLAH Maha Pemaaf, dan hanya ALLAH sahaja yang boleh mengampuni dosa.
Qs.39 Zumar:53. Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Qs.29 ‘Ankabuut:7. Dan orang-orang yang beriman dan beramal saleh, benar-benar akan Kami hapuskan dari mereka dosa-dosa mereka dan benar-benar akan Kami beri mereka balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.
Jika ada orang yg nak masok Islam, maka SEMUA dosa dia yang telah lalu PASTI diampuni ALLAH.
Qs.8 Anfaal:38. Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu: “Jika mereka berhenti (dari kekafirannya), niscaya Allah akan mengampuni mereka tentang dosa-dosa mereka yang sudah lalu; dan jika mereka kembali lagi sesungguhnya akan berlaku sunnah orang-orang dahulu “.
Dan… Siapakah yang ingin masuk Islam?
Qs.2 Baqarah:256. Tidak ada paksaan untuk agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Sesungguhnya, masih ramai BUKTI ayat soalan ini, tapi untok BUKTI diatas cukuplah untok orang berfikir. Dan dalam berfikir pun kena guna AKAL, ramai paderi cakap jika iman itu percaya dahulu, tapi Nabi Isa pun menyuruh agar gunakan AKAL dalam menyembah ALLAH.
Markus 12:30 Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap HATIMU dan dengan segenap JIWAMU dan dengan segenap AKAL budimu dan dengan segenap kekuatanmu.
Matius 22:37 Jawab Yesus kepadanya: “Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap HATIMU dan dengan segenap JIWAMU dan dengan segenap AKAL budimu.
Lukas 10:27 Jawab orang itu: “Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap HATIMU dan dengan segenap JIWAMU dan dengan segenap kekuatanmu dan dengan segenap AKAL budimu, dan kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri.”
Seperti yg telah saya tulis kat wall post beberapa hari lepas… jadi,,, ada baiknya lelaki dari ummat christian berhenti menyembah Jesus & Roh Kudus, dan tukar menyembah ALLAH sahaja.
Dan ada baiknya ummat christiani bersyahadat:
Tidak ada Tuhan Selain ALLAH
Isa Rasulullah… ^_^
Dan juga dalam wall post beberapa hari lepas,,, ada baiknya jika ber-wudhu sebelum masok gereja…
Bersunat seperti Nabi Ibrahim, Ismail, Ishak, Yohanes, Jesus & Paulus..
Tak payah malu kerana Nabi Ibrahim pun bersunat ketika sudah tua.. ^_^
Membuka kasut & alas kaki sebelum masok gereja…
Bersujud seperti Jesus sujud & Nabi Ibrahim, Musa, Daud, dan lainnya…
Menghadap Kiblat seperti para Nabi terdahulu…
Berdo’a hanya kepada ALLAH sahaja… bukan kepada Jesus…
Bertahajud seperti Jesus bertahajud…
Dan ada baiknya pula Gereja itu dirubah arahnya menghadap kiblat…
Yohanes 14:15. “Jika kamu mengasihi Aku, kamu akan menuruti segala perintahku.
Dan berbahagialah kita sebagai muslim kerana kita lah yg mengamalkan semua itu, Qur’an telah memurnikan ajaran-ajaran yg telah hilang & tak dilaksanakan oleh ummat terdahulu yang ingkar pada kitabnya sendiri.
Page ini dibuat untok ummat muslim sahaja dengan tujuan:
1. Melindungi ummat dari Missionaries Christian
2. Menguatkan Islam & akidah dengan bukti nyata Kitab-kitab yg ada.
3. Boleh melawan missionaries kafir yg cuba menarik dengan budaya, fikiran, busana, media massa agar anak Islam menjadi kafir….
4. Memutuskan hujjah para Pluralism, Liberalism yg mengatakan semua agama sama, semua agama baik, semua agama boleh masok surga.
5. Kebangkitan Islam, kerana Islam tak kan bangkit selama ummatnya masih tak yakin Islam & tak dapat buktikan islam sebagai satu-satunya agama sebenar
6. Dapat juga jika nak diguna untok membela diri saat ummat christian menyerang kita, kerana jika kita cakap:
Hai ummat chritian, dilarang makan babi kerana tertulis dalam Qur’an ayat ini & itu, maka mereka tak nak ikut kerana mereka tak percaya pada Qur’an…
Tapi jika kita cakap: Hai ummat christian, jangan makan babi kerana babi pun tertulis haram dalam Imamat 11:7 & Ulangan 14:8,,, maka apakah mereka nak khianati pulak kitab ditangan mereka sendiri?
Kena di ingat jika bukan kita yg menyerang mereka, tapi mereka lah yg menyerang kita sejak semula pertama dahulu kala melalui mass media & segala cara.
Mereka lah yg menghina Nabi kita sementara kita tak pernah menghina Nabi Isa AS, kerana Nabi Isa AS itu tetaplah salah satu dari Nabi Mulia dari Islam yg WAJIB diimani.
Hak kita untok membela saudara & akidah kita.
Jika ada ummat christiani yg tengok ni, maaf, jangan la marah pd sy, tapi marah lah pada alkitab yg ada ditangan awak sendiri. Sy cakap bukan dari hati, tapi selalunya ada BUKTI NYATA dari kitab daripada christian & Qur’an.
Jika menyembah hanya kepada ALLAH itu salah… mana BUKTInya?
Sekali lagi…
ISLAM TERBUKTI BENAR !!!
Christian terbukti mengingkari alkitab ditangan mereka sendiri… ^_^