Rabu, 01 Juni 2011

Cendekiawan Islam: Nasir Al-Din Al-Tusi – Ahli Sains

Nasir Al-Din Al-Tusi
Nama:Nasir al-Din al-Tusi
Gelaran:
Lahir:16 Februari 1201 atau 11 Jamadil Awal 597 H
Wafat:25 Jun 1274 atau 18 Zulhijah 672 H
Mazhab:Jaafari
Etnik:Parsi
Rantau:Parsi
Bidang:TeologiFalsafahMatematikAstronomi,Perubatan
Idea utama:Trigonometri SferaGandingan Tusi
Pengaruh:Ibnu SinaFakhruddin al-Razi
Diilhami:Qutib al-Din al-Shirazi
Nasir Al-Din Al-Tusi (12011274) adalah ahli sains Islam Syiah berkebangsaan Iran yang dikenali sebagai ahli falsafahmatematikastronomiteologi, serta pakar perubatan dan penulis, iaitu beliau adalah seorang pakar dalam pelbagai bidang.

Biografi

Dilahirkan di TousKhorasan, Iran, Nasir memulakan pendidikannya pada masa awal lagi. Di Tous, beliau mengaji al-QuranHadis, dan jurisprudens Syiah, serta belajar bahasa Arablogikfalsafah,matematikperubatan, dan astronomi[1] Ketika masih muda, beliau berpindah ke Nishapur untuk belajar falsafah di bawah Farid al-Din Damad, dan matematik di bawah Muhammad Hasib[2]
Apabila tentera Genghis Khan menyerang tanah airnya, Nasir melarikan diri untuk menyertai orang-orang Ismaili dan membuat sumbangannya yang terpenting dalam bidang sains pada masa itu, ketika berpindah-pindah dari satu kubu ke kubu yang lain. Akhirnya, beliau menyertai Hulagu Khan, anak Genghis Khan, selepas serangan kota kubu Alamut milik puak Hashshashin oleh angkatan tentera Mongol.
Hulagu Khan, pemerintah Mongol, membina sebuah balai cerap untuk Nasir di Maragheh, sebuah kota di barat laut Iran. Nasir dianggap sebagai ahli astronomi pertama daripada Pusat Pengajian Maragheh yang membuat sumbangan yang penting kepada bidang astronomi. Antara ahli-ahli Pusat Pengajian ini yang terkenal ialah Mu’ayyad al-Din al-’Urdi dan Qutb al-Din al-Shirazi.

Pencapaian

Nasir mencipta jadual-jadual pergerakan planet yang persis, seperti yang digambarkan dalam bukunya, Zij-i ilkhani (Jadual-jadual Ilkhani). Buku ini mengandungi nama-nama bintang, serta jadual astronomi untuk menghitung kedudukan planet. Sistem planetnya merupakan sistem yang paling maju pada zamannya dan digunakan secara meluas sehingga perkembangan model heliosentrik pada zaman Copernicus. Antara Ptolemy dan Copernicus, Nasir dianggap sebagai ahli astronomi yang paling unggul pada masanya.
Nasir merupakan orang pertama untuk mengolahkan trigonometri sebagai satu bidang matematik yang berasingan. Dalam bukunya, Karya mengenai Sisi Empat, beliau merupakan orang pertama untuk menyenaraikan enam kes yang berbeza bagi segi tiga sudut tegak dalam trigonometri sfera. Nasir mereka teknik geometri yang dipanggil Gandingan Tusi untuk model-model planetnya yang menjanakan gerakan linear daripada jumlah dua gerakan bulat. Beliau juga menghitung nilai sebanyak 51″ untuk liukan tahunan ekuinoks dan menyumbang kepada sebilangan pembinaan dan penggunaan alat astronomi, termasuk astrolab. Nasir memberikan penjelasan pertama tentang seluruh sistem trigonometri sfera dan satah yang masih wujud pada hari ini. Beliau juga banyak menulis tentang biologi dan merupakan salah satu perintis untuk sejenis evolusionisme dalam pemikiran saintifik. [1]
Sebuah kawah berdiameter 60 kilometer yang terletak di hemisfera selatan bulan dinamakan sempenanya sebagai “Nasireddin“.
.s e l i t j o k e r



BAGIKAN ARTIKEL INI!

Facebook Delicious Digg! Twitter Linkedin StumbleUpon Lintas Berita
Technorati Google Bookmarks Mixx Yahoo! Newsvine Reddit